Ikuti Kami:

Ada Perselisihan Pendapat, Kim Youngdae Sah Undur Diri Dari ‘School 2021’

Ada Perselisihan Pendapat, Kim Youngdae Sah Undur Diri Dari ‘School 2021’

Nampaknya drama “School 2021” kembali berdepan dengan masalah baru meskipun mereka nampaknya sudah selesai mengambil barisan pelakon.

Meskipun ramai gembira apabila Kim Young-dae disahkan bakal menerajui dramaitu tapi nampaknya ia hanya tinggal kenangan kini. Katanya pelakon itu sudah pun mengundurkan diri daripada drama tersebut. Menurut sumber dalam industri,

Terdapat pertukaran daripada dua pihak mengenai perselisihan pendapat daripada apa yang dirundingkan pada awalnya. Disebabkan itu, ‘School 2021’ sedang mencari pelakon lelaki baru kini untuk menggantikan Kim Young-dae. Calon sudah pun dikecilkan dan pengambilan pelakon akan dibuat nanti.

kim youngdae

Dikhabarkan, watak yang ditawarkan pada awalnya ditukar dan dia bukan lagi dianggap sebagai pelakon utama.

Selepas berita itu berterbangan, agensi Kim Young-dae mengeluarkan kenyataan rasmi,

Memang benar Kim Youung-dae tidak lagi bersama ‘School 2021’.

Untuk pengetahuan anda, kejadian yang sama berlaku pada awal produksi “School 2021” apabila Ahn Seo-hyun mengundurkan diri sebagai pelakon wanita utama. Watak itu kemudiannya ditawarkan kepada Kim Sae-ron namun gadis itu telah menolaknya.

Setakat ini Kim Yo-han dan Jo Yi-hyun kekal sebagai pelakon utama namun seorang pelakon lelalki lagi sedang dicari untuk melengkapkan barisan pelakon itu.

Macan-macam betul..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...