Ikuti Kami:

Ada Koyakan Di Lutut, Yonghwa CNBLUE Jalani Pembedahan Hari Ini

Ada Koyakan Di Lutut, Yonghwa CNBLUE Jalani Pembedahan Hari Ini

Jung Yong-hwa CNBLUE akan menjalani pembedahan lutut hari ini.

Pada 20 Januari, agensi CNBLUE berkongsi kenyataan berikut di Weverse mengenai status kesihatannya:

Pertama sekali, kami ingin menyatakan rasa terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong CNBLUE. Kami ingin memaklumkan mengenai pembedahan lutut ahli CNBLUE, Jung Yong-hwa.

Baru-baru ini, Jung Yong-hwa mengalami ketidakselesaan di lututnya dan telah melawat hospital untuk pemeriksaan terperinci. Dia telah didiagnosis dengan koyakan meniskus lutut kanan. Mengikut saranan pasukan perubatan, dia dijadualkan menjalani pembedahan pembaikan koyakan meniskus hari ini.

jung yonghwa

Tambahnya lagi,

Selepas perbincangan menyeluruh dengan artis, kami telah memutuskan untuk meneruskan aktivitinya yang akan datang dalam had yang munasabah, berdasarkan panduan dan cadangan pasukan perubatan.

Kami memohon maaf dengan ikhlas kerana menimbulkan kebimbangan dengan berita mengejut ini dan kami akan melakukan yang terbaik untuk menyokong rawatan dan pemulihan cepat Jung Yong-hwa.

Semoga Jung Yong-hwa cepat sembuh!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Weverse

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...