Ikuti Kami:

“Ada Kondo Di Hawaii” – Cecah Belasan Juta Ringgit, Bayaran Iklan Song Joongki Jadi Perhatian

“Ada Kondo Di Hawaii” – Cecah Belasan Juta Ringgit, Bayaran Iklan Song Joongki Jadi Perhatian

Umum pasti mengetahui bahawa Song Joong-ki adalah salah seorang selebriti di Korea dengan pendapatan lumayan.

Terbaru pada siaran 12 Januari program “Entertainment Company Live”, bayaran pengiklanan tahunan untuk Song Joong-ki telah didedahkan.

Khususnya, bayaran iklan Song Joong-ki di Korea diketahui mencecah 1 bilion won (RM3,502,501) setiap tahun. Manakala di China, pelakon itu menerima kira-kira 3.5 bilion won (RM12,258,756) untuk pengiklanan dalam tempoh asas 2 tahun.

Selain itu, program tersebut turut mendedahkan bahawa harta tanah Song Joong-ki berjumlah lebih 50 bilion won (RM175,125,091), dengan sebuah kondo bernilai 2.7 bilion won (RM9,456,754) di Hawaii yang digunakan sebagai ruang peribadinya untuk berehat.

송중기

Turut dimaklumkan bahawa kondo tersebut berhampiran dengan Pantai Waikiki, sebuah destinasi pelancongan yang terkenal di situ.

Dalam pada itu, “Entertainment Company Live” ialah program yang memberi maklumat tepat, dengan bertemu dan melakukan perbualan secara mendalam bersama ramai selebriti dan mereka yang popular di Korea.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...