Ikuti Kami:

“Ada Ketika Saya Menangis Kerana Takut..” – Jung Hoyeon Komen Tentang Popularitinya

“Ada Ketika Saya Menangis Kerana Takut..” – Jung Hoyeon Komen Tentang Popularitinya

Begitu popular kini, Jung Ho-yeon telah pun dijemput ke “You Quiz On The Block” bagi menceritakan pengalaman hidupnya daripada model hingga ke “Squid Game”.

Menurut wanita itu, dia sangat sibuk kini dan berkongsi bahawa dia baru selesai peggambaran untuk “The Tonight Show Starring Jimmy Fallon” sebelum datang ke program berkenaan. Dalam pada itu, dia mengakui telah menerima pelbagai tawaran iklan daripada pelbagai jenama yang dikenali ramai.

Yoo Jae-suk yang rapat dengan kekasihnya, Lee Dong-hwi mendedahkan bahawa lelaki itu akan berusaha keras supaya dapat muncul di “You Quiz On The Block” juga. Jung Ho-yeon juga menceritakan mengenai kekasihnya yang popular selepas muncul di dalam “How Do You Play?” sebagai ahli MSB Wannabe bersama Yoo Jae-suk,

Dia sangat berbangga selepas muncul di ‘How Do Yoy Play?’ dan menjadi popular. Sebab itu, saya mengatakan yang saya akan muncul dalam ‘You Quiz on The Block’ dahulu sebelumnya. Tak sangka ianya menjadi kenyataan dan saya muncul di sini dahulu.

Ternyata popular, Jung Ho-yeon berkongsi bahawa dia meraih 14 juta pengikut di Instagram pada ketika penggambaran itu berlangsung (21.7 juta pengikut kini.)

jung hoyeon you quiz on the block

Meskipun meraih populariti, model itu menjelaskan bahawa dia tetap berasa takut,

Walaupun bersyukur, terdapat ketika di mana saya akan menangis di hadapan rakan-rakan saya kerana takut. Kata mereka, ‘Jangan macam ini, ianya akan hilang tak lama lagi.’ Kata-kata mereka menjadi semangat buat saya. Saya meneruskan kehidupan sambil berfikir yang saya perlu merasai kesemua emosi ini, dan bermula baru.

Tak sabar nak tengok Jung Ho-yeon dalam naskhah baru nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...