Ikuti Kami:

“Ada Kejanggalan Antara Soul & Ayah” – Beri Ucapan Hari Jadi, Haha Mahu Jadi Ayah Lebih Baik Buat Anak Kedua

“Ada Kejanggalan Antara Soul & Ayah” – Beri Ucapan Hari Jadi, Haha Mahu Jadi Ayah Lebih Baik Buat Anak Kedua

Memang biasa kita dengar mengenai anak kedua yang biasanya kurang mendapat perhatian daripada segelintir ibu bapa?

Nampaknya Haha turut mengakui hal tersebut dan memohon maaf kepada Soul dengan entri yang menyentuh hati di Instagram sempena hari jadi anak keduanya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ha dong hoon (@quanhaha79)

Soul saya~ anak kedua ayah yang sangat disayangi. Ia adalah merupakan pertama kali buat ayah, jadi ayah banyak menghabiskan masa menjaga anak pertama, Dream dan Song ialah yang paling bongsu, jadi ayah juga menjaganya. Ayah sangat sibuk semasa awak lahir, baru ayah sedar ayah tidak banyak meluangkan masa bersama anak kedua.

Ayah bekerja keras di dalam hidup, tapi terdapat tembok kejanggalan di antara ayah dan Soul dan ayah… Ayah sedih kerana sedar awak hanya menganggap ayah seorang ayah yang tegas. Apabila hanya kita berdua, ia akan menjadi sedikit kekok dan awak akan buat apa sahaja untuk mendapat pujian. Daripada memek muka yang kelakar hingga ke gelak tawa awak, setiap kali melihatnya, ayah akan berasa kasihan. Soul, ada satu perkara yang tak akan berubah dan ianya ialah kehidupan awak ialah kehidupan ayah juga~ Dan ayah memohon maaf.. Ayah akan buat yang lebih baik!

Anak kedua! Walaupun awak tidak cemerlang dalam akademik, tidak apa. Buat semuanya yang awak mahu. (Kalau boleh, dalami muzik! Balas dendam terhadap ayah!) Semoga sihat, anak keduaku. Ayah sayang awak sangat-sangat! Dan, selamat hari jadi~~~~~~! Ayah harap kita akan rapat dengan cepat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ha dong hoon (@quanhaha79)

Semoga Haha dan Soul akan jadi yang paling kamceng nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...