Ikuti Kami:

Ada Jang Kiyoung, Chae Soobin & Krystal, Filem Komedi Romantik ‘Sweet And Sour’ Tayang Di Netflix Jun Ini

Ada Jang Kiyoung, Chae Soobin & Krystal, Filem Komedi Romantik ‘Sweet And Sour’ Tayang Di Netflix Jun Ini

Khabarnya akan ada satu filem komedi romantik baru yang bakal menyapa anda di Netflix nanti!

“Sweet And Sour” membawa kisah seorang lelaki bernama Jang-hyuk (Jang Ki-young) yang mahukan kedua-dua cinta dan kerja, Da-eun (Chae Soo-bin) iaitu teman wanitanya dan Bo-young (Krystal) iaitu wanita yang ditemuinya dalam satu persekitaran baru. Ianya digamabarkan sebagai sebuah naskhah komedi romantik menyegarkan mengenai hubungan rumit di antara tiga orang individu dengan emosi yang berbeza.

netflix sweet and sour

Jang-hyuk ialah seorang teman lelaki realistik di mana penonton akan berasa teruja dan geram disebabkan oleh wataknya yang tipikal di mana hanya bersungguh-sungguh dan manja di awal perhubungan namun akhirnya tidak lagi memberikan perhatian penuh dan cuai.

Da-eun pula ialah seorang jururawat di mana kedua-dua cinta dan kerja yang tidak berjalan dengan lancar seperti yang diharapkannya.

netflix sweet and sour

Bo-young sama-sama menyertai syarikat baru ini bersama Jang-hyuk dan merupakan staf daripada syarikat besar. Semasa bersaing dan bekerjasama dengan lelaki itu bagi mendapatkan tempat tetap, mereka berdua mula rapat dengan satu sama lain.

Teringin nak tengok apa kesuadahnnya kepada pasangan ini? Sama-sama saksikan “Sweet And Sour” pada 4 Jun nanti di Netflix.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...