Ikuti Kami:

“Ada Babak Buka Baju..” – Pelakon Beri Spoiler Bahagian Kedua ‘The Glory’

“Ada Babak Buka Baju..” – Pelakon Beri Spoiler Bahagian Kedua ‘The Glory’

Sementara menantikan tayangan bahagian kedua “The Glory” pada 10 Mac nanti, sudah banyak spoiler yang diberikan mengenai kesinambungan siri itu.

Terbaru, Park Sung-hoon yang membawa watak Jung Jae-joon di dalam drama Netflix itu telah menjalani penggambaran foto dan temubual bersama majalah Harper’s Bazaar.

Jelasnya mengenai keistimewaan wataknya,

Penulis dan pengarah menyuruh saya supaya tidak membuang sisi ghairah meskipun merupakan antagonis, jadi saya bekerja keras dengan bersenam dan menguruskan diet.

netflix the glory 2

Dedah lelaki itu mengenai bahagian kedua nanti,

Dalam ‘The glory 2’, ada babak di mana saya mendedahkan badan. Lantas saya memberikan perhatian lebih.

“The Glory” membawa kisah Moon Dong-eun (Song Hye-kyo) yang dibuli di sekolah hingga menyebabkan dia terpaksa melupakan impian untuk menjadi arkitek. Apabila sudah dewasa, wanita itu menjadi guru kelas kepada anak pembulinya dan dia mula merencana pelan untuk membalas dendam.

Tak sabarnya!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...