Ikuti Kami:

Ada 6+1 Bahan, Produk Ini Mampu Menghilangkan Parut Jerawat & Tambah Seri Di Muka!

Ada 6+1 Bahan, Produk Ini Mampu Menghilangkan Parut Jerawat & Tambah Seri Di Muka!

Penggemar produk penjagaan kulit pasti tidak asing lagi dengan salah satu jenama dari Korea ini iaitu, Axis-Y!

Produk ‘Axis-Y Dark Spot Correcting Glow Serum’ ini ternyata mampu untuk memudarkan parut jerawat di muka serta menambahkan seri pada wajah, sesuai dengan namanya.

Kepada mereka yang mempunyai kulit muka yang berminyak, atau pengaruh hormon yang menyebabkan tumbuhnya jerawat, pasti tidak lari dari masalah bekas jerawat yang menganggu, oleh itu, bahan-bahan dalam produk ini mampu untuk menyelesaikan masalah tersebut.

AXIS-Y dark sport correcting glow serum review skincareProduk ‘Axis-Y Dark Spot Correcting Glow Serum’ mengandungi bahan aktif Niacinamide atau Vitamin B3, yang terbukti membantu memudarkan parut gelap dan mencerahkan kulit, serta Squalane yang berasal dari tumbuhan yang akan mengunci kelembapan, untuk kulit berseri sepanjang hari.

Selain itu, ia juga mempunyai 6 bahan semulajadi yang berkhasiat seperti buah betik, dedak padi, buckthorn laut, squalane, calendula, dan allantoin, yang turut membantu mencerah dan melembapkan kulit!

axis-y dark spot serum texture review skincareTekstur produk ini adalah dalam bentuk gel yang ringan. Ianya mudah untuk diserap ke seluruh wajah tanpa rasa melekit atau berminyak. Memang sesuai buat mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak! Bau gel ini juga tidak terlalu kuat hingga mengganggu.

Cara penggunaannya amat mudah, iaitu selepas toner dan sebelum pelembap. Untuk kesan yang lebih pantas, ianya boleh digunakan 2 kali sehari, iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur. Dalam masa 2-5 minggu pasti akan nampak perubahan!

Produk ini dijual di pasaran dalam lingkungan harga RM40-60. Anda boleh dapatkan di Shopee ataupun Hermo!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...