Ikuti Kami:

“Acara Itu Dimuat Naik Secara Silap”- Agensi Ji Changwook Mohon Maaf Dek Situasi Tak Terkawal Di Kedai Serbaneka

“Acara Itu Dimuat Naik Secara Silap”- Agensi Ji Changwook Mohon Maaf Dek Situasi Tak Terkawal Di Kedai Serbaneka

Baru-baru ini telah dilaporkan bahawa pelakon telah menerima kritikan kerana menyertai acara promosi drama “Backstreet Rookie” sehingga menyebabkan kekacauan di kawasan tersebut.

Menurut laporan awal mengenai acara tersebut, pelakon itu difahamkan akan bertugas sebagai juruwang di salah sebuah cawangan GS25 seperti watak yang sedang dibawanya sekarang dalam drama tersebut. Walaubagaimanapun, keadaan menjadi tidak terkawal apabila ramai peminat yang menyerbu sehingga menghalang lalu lintas di jalan berhadapan dengan premis tersebut.

ji changwook jaga kedai serbaneka

Bukan itu sahaja, netizen rata-rata menyelar acara itu yang tidak memikirkan langsung mengenai hal keselamatan selain mengkritik semua yang berkerumun di kedai serbaneka berkenaan sehingga mengingkari langkah pencegahan COVID-19 iaitu untuk mengekalkan jarak 1 meter antara satu sama lain.

Terbaru, agensi naungan Ji Chang-wook iaitu Glorious Entertainment telah menceritakan kepada satu portal media bahawa acara yang dikatakan itu sebenarnya ialah penggambaran namun telah dicanang sebagai acara istimewa. Pihak mereka juga memohon maaf kerana tidak menjangkakan sambutan yang hangat sedemikian dan tidak mampu menguruskannya.

ji changwook dikritik

Perkara ini merupakan sesuatu yang agak sensitif bagi penduduk Korea pada ketika ini kerana gelombang kedua yang kini sedang menyerang negara tersebut. Bahkan banyak kluster baru yang muncul adalah berpunca daripada orang ramai yang melepak di kafe di serata Korea.

Malah kedai serbaneka GS25 juga turut mengeluarkan kenyataan maaf kerana kesilapan teknikal mereka itu. Kata mereka, entri mengenai acara tersebut terus dipadam selepas mereka mengemal pasti kesalahan tersebut.

Apa pun, semuanya sudah diurusakan dan harapnya perkara ini tidak akan berulang lagi.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...