Ikuti Kami:

Abang Hilang Lama & Adik Rebut Kakak Ipar, Konflik Buat ‘When I Was The Most Beautiful’ Catat Rating Terbaik

Abang Hilang Lama & Adik Rebut Kakak Ipar, Konflik Buat ‘When I Was The Most Beautiful’ Catat Rating Terbaik

Tak sangka naskhah melodrama mampu membuatkan hati penonton berdebar dan tak senang duduk. Begitulah perasaan semua yang menonton drama “When I Was The Most Beautiful”.

Sinopsis ringkas

Membawa kisah Oh Ye-ji (Im Soo-hyang) iaitu seorang wanita yang naif dan optimistik terhadap kehidupannya. Dia hanya mengimpikan kebahagiaan yang picisan sebagai seorang pereka seramik namun tanpa sengaja telah terperangkap di antara cinta dua adik-beradik lelaki iaitu Seo Hwan (Jisoo) yang menyintainya sejak wanita itu menjadi guru ganti di sekolahnya lagi dan Seo Jin (Ha Seok-jin), seorang pelumba kereta yang pendiam namun akan dapatkan segala yang dihajatinya.

konflik when i was the most beautiful

[Amaran SPOILER]

Konflik cinta Hwan terhadap kakak iparnya

Dalam seronok bermadu kasih selepas mengikat tali perkahwinan, Oh Ye-ji diuji dengan kehilangan Seo Jin secara tiba-tiba tanpa khabar berita. Namun begitu, wanita itu tetap setia menanti kepulangan suaminya meskipun ada suara-suara yang mengatakan bahawa berkemungkinan besar sudah mati memandangkan 7 tahun tiada berita mengenainya langsung.

Seo Hwan juga langsung tidak berputus asa mencari abangnya meskipun sudah lama masa berlalu. Pun begitu, masa yang panjang tersebut nyata tidak mampu memadamkan api cintanya terhadap kakak iparnya sendiri.

konflik when i was the most beautiful

Walaubagaimanapun, penonton mula berdebar-debar apabila menyaksikan sedutan episod akan datang di mana Hwan kelihatan sepertinya masih hidup namun mungkin mengalami kecederaan atau masalah yang disembunyikan daripada pengetahuan semua. Adakah konflik sebenar bakal bermula tak lama lagi selepas kepulangan Seo Jin? Mungkinkah Carrie Jung (Hwang Seung-eon) penyebab kepada kehilangan lelaki itu?

[SPOILER Tamat]

Rekod rating terbaik

Sejak daripada awal tayangannya, “When I Was The Most Beautiful” berjaya mengekalkan rating yang menaik secara signifikan pada saban episodnya. Malahan drama yang dibintangi oleh Jisoo, Im Soo-hyang dan Ha Seok-jin ini berjaya mencatatkan rating terbaik sekaligus memecah rekod peribadi ketika tayangan episod baru-baru ini.

Episod ke-7 naskhah melodrama ini berjaya meraih rating 3.2% dan 4.2% lantas mencatatkan rating terbaik buat drama tersebut sehingga kini. Kalau teruskan kekalkan momentum perkembangan plot seperti ini, nescaya “When I Was The Most Beautiful” pasti akan meraih rating yang lebih baik lagi nanti.

Bagi penonton Malaysia pula, anda boleh saksikan drama ini bermula pada setiap Khamis dan Jumaat menerusi saluran Oh!K (Astro saluran 394) pada jam 7.40 malam!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...