Ikuti Kami:

9 Tahun Tak Berlakon, Lakonan Donghae SUJU Dalam ‘Oh! Youngshim’ Dikritik ‘Kayu’

9 Tahun Tak Berlakon, Lakonan Donghae SUJU Dalam ‘Oh! Youngshim’ Dikritik ‘Kayu’

Bukan mudah mahu memuaskan hati peminat drama Korea.

Terbaru, Donghae Super Junior yang kembali berlakon selepas beberapa tahun tidak dapat mengelak daripada dibanjiri kritikan ramai.

“Oh! Youngshim” ialah drama komedi romantik mengenai seorang lelaki yang kembali menjumpai cinta pertamanya apabila dewasa. Baru sahaja ditayangkan, namun drama itu hanya mampu mencatatkan rating sebanyak 0.6% dan 0.4% untuk dua episod awalnya.

Daripada komen yang diterima, rata-ratanya memberikan kritikan pada kualiti naskhah ini yang kelihatan ‘murah’ apabila dilihat dari sudut kualiti plot dan persembahan lakonan pelakon utama terutamanya Donghae.

ena oh! youngshim

Dalam “Oh! Youngshim”, lelaki itu membawa watak Wang Kyung-tae iaitu seorang CEO syarikat yang berjaya meskipun masih muda. Takdir membantunya bertemu semula dengan rakan semasa kecil di mana rasa cinta mula bercambah meski asyik bertelingkah.

Mungkin kerana dia sudah lama tidak berlakon, selain bukan pelakon profesional, bakat lakonan Donghae tidak dapat meyakinkan penonton. Ada yang berkata ekspresi wajahnya kekal sama hampir setiap babak dan nampak ‘tegang’.

Untuk pengetahuan, “Oh! Youngshim” ditayangkan di ENA pada setiap Isnin dan Selasa.

Apa kata korang?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...