Ikuti Kami:

“9 Tahun Lagi Muda Pun Tak Kisah..” – Merayu Inginkan Peneman, Lee Jehoon Akui Keseorangan

“9 Tahun Lagi Muda Pun Tak Kisah..” – Merayu Inginkan Peneman, Lee Jehoon Akui Keseorangan

Umur hampir mencecah 40 tahun, Lee Je-hoon pastinya sedang mencari teman hidupnya kini.

Terbaru, SBS telah melancarkan video baru di YouTube bertajuk “Lee Je-hoon x Kim Eui-sung x Pyo Ye-jin x Jang Hyuk-jin x Bae Yoo-ram, A Star Asks a Star!”. Dalam video tersebut, pelakon utama “Taxi Driver 2” telah tampil berkongsi mengenai pelbagai perkara.

Khususnya Pyo Ye-jin ada menyebut kembali tentang kenyataan Lee Je-hoon pada masa lalu dengan berkata,

Saya dengar Lee Je-hoon menolak dengan keras apabila ada peminat bertanya sama ada jarak umur 9 tahun adalah ok?

Mendengar kenyataan tersebut, Lee Je-hoon yang akan mencecah usia 39 tahun pada 2023 ini memberi respon,

Saya rasa saya telah mengatakan itu pada hampir 10 tahun yang lalu. Saya tidak peduli tentang perkara seperti itu lagi.

Pelakon lelaki itu kemudiannya membuatkan semua orang ketawa apabila dia merayu dengan berkata,

Saya sangat kesepian sekarang, saya akan mati. Saya mahu seseorang datang. Tolonglah.

Semoga jodoh Lee Je-hoon cepat sampai!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...