Ikuti Kami:

8 Suspek Cuba Bongkar Dalang Pembunuhan Dalam ‘CHIP-IN’, 4 Klu Buat Penonton Selesaikan Misteri Ini

8 Suspek Cuba Bongkar Dalang Pembunuhan Dalam ‘CHIP-IN’, 4 Klu Buat Penonton Selesaikan Misteri Ini

Jadi siapakah pembunuh sebenar pelukis Yoo In-ho (Nam Moon-chul) dalam “CHIP-IN”? Itulah persoalan besar yang bermain-main dalam minda penonton apabila 8 orang suspek utama mempunyai misi yang sama iaitu untuk merebut hartanya.Who murdered the painter Yoo In-ho (Nam Moon-chul) in “CHIP-IN”?

Mulanya disangkakan mati kerana sakit barah namun sangkaan itu nyata meleset apabila anaknya Yoo Bit-na menjumpai surat doktor yang mengatakan bahawa ayahnya itu bebeas daripada sakit tersebut selain pihak polis turut mengesahkan dia mati dibunuh.

Dengan ini, kesemua suspek yang berada dalam rumah tersebut kini cuba menyelesaikan misteri pembunuhan tersebut dan MBC juga telah berbesar hati memberikan sedikit klu kepada penonton untuk turut sama-sama mencari dalang sebenar.

Kim Ji-hye (Oh Na-ra) and Dokgo Cheol (Han Soo-hyun)

klu chip-in

Pada ketika ini, pihak polis mengesyaki bekas kekasih gelap pelukis itu iaitu Kim Ji-hye dan adik tirinya iaitu Dokgo Cheol. Ini kerana kedua mereka telah menyentuh peti simpanan pelukis tersebut yang mempunyai cat istimewa padanya. Jadinya, besar kemungkinan mereka berdua sudah melihat isi kepada wasiat terakhir Yoo In-ho.

Selain terdapat spekulasi bahawa Kim Ji-hye cuba mendapatkan harta tersebut dengan menggunakan anaknya Yoo Bit-na manakala Dokgo Cheol yang merupakan bekas banduan mungkin menamatkan riwayat pelukis tersebut kerana ketamakannya.

Seol Young (Kim Jung-young), Moon Jung-wook (Lee Yoon-hee), and Ms. Park (Nam Mi-jung)

klu chip-in

Sebenarnya Yoo In-ho bukanlah seorang yang baik pada orang sekelilingnya jadi mungkin ada orang yang paling dekat dengannya telah melakukan hal yang keji tersebut. Dia yang berlagak seperti seorang suami yang baik kepada bekas isterinya Seol Young walhal dia berubah apabila mereka berduaan sahaja.

Pelukis tersebut juga sering mengkritik pengurusnya Moon Jung-wook dan pembantu rumahnya Ms. Park sampaikan memaksa wanita tersebut supaya menulis surat permohonan maaf kerana makanan yang disediakannya sedikit masin. Tambahan pula, ketiga karakter ini mempunyai kelebihan berbanding suspek lain memandangkan mereka mengenali Yoo In-ho luar dan dalam selain biasa dengan selok-belok rumahnya.

Yoo Hae-joon (Choi Gyu-jin) and Dokgo Seon (Kim Si-eun)

Walaupun Yoo Bit-na adalah anak kandung Yoo In-ho namun anak saudara iaitu Yoo Hae-joon dan Dokgo Seon telah dibesarkan sendiri olehnya. Tambahan pula apabila Yoo Hae-joon iaitu anak kepada adik pelukis tersebut yang sudah meninggal merasakan bahawa dia adalah pewaris selayaknya berbanding dengan Yoo Bit-na. Malahan anak perempuan Dokgo Seon iaitu adik tiri kepada Yoo In-ho menganggap Yoo Bit-na sebagai musuh ketatnya.

Kedua mereka merupakan suspek utama kerana Yoo Hae-joon yang memerhatikan setiap gerak geri ahli keluarga yang lain menerusi alat pengintip berwayar manakala Dokgo Seon pula yang bersikap tak endah langsung meskipun pak ciknya meninggal dunia secara tiba-tiba.

Yoo Bit-na

klu chip-in

Dalam kalangan suspek itu, Yoo Bit-na sahaja yang nampaknya bersungguh-sungguh cuba membongkar misteri kematian ayahnya. Pun begitu, nampak mencurigakan apabila gadis itu merupakan orang pertama yang menemukan mayat Yoo In-ho dan menyedari bahawa dia telah dibunuh. Bahkan semenjak dia mula tinggal di rumah agam itu, dia sering mendapat mimpi yang pelik dan sekiranya ia mempunyai kaitan dengan Yoo In-ho, tak menghairankan jikalau hal tersebut mendorong Yoo Bit-na untuk membunuh ayahnya sendiri.

Lagi satu yang peliknya, watak Yoo Bit-na yang terlalu asing dengan karakter lain. Walaupun dipaparkan sebagai seorang yang tidak mencurigakan namun hal tersebut sebenarnya menimbulkan sangsi penonton.

Apa lagi! Sama-sama selesaikan misteri “CHIP-IN” sehingga ke episod akhirnya nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...