Ikuti Kami:

8 Selebriti Top Bawa Gelombang Korea Di Malaysia Untuk Tahun 2019!

8 Selebriti Top Bawa Gelombang Korea Di Malaysia Untuk Tahun 2019!

Gelombang K-Pop dan juga K-Drama di Malaysia ini masih tak surut-surut lagi! Walaupun sudah bertahun-tahun mengambil tempat di sini, fenomena ini nyata masih duduk selesa dan mungkin tidak akan berganjak dalam masa yang terdekat ini. Malahan saban hari, makin bertambah peminat produk keluaran Korea di negara ini.

Fenomena ini bukan sahaja berjaya menembusi pasaran di Malaysia bahkan di negara-negar lain juga. Disebabkan oleh kehebatan gelombang Korea ini, Jabatan Fakulti Kebudayaan Hallyu di Kyonggi University telah menjalankan kajian bagi mempelajari sejauh mana pengaruh ‘hallyu’ (gelombang Korea) di serata dunia termasuklah Malaysia. Pihak jabatan tersebut telah mengkaji selebriti-selebriti kelahiran Korea ini yang popular sebagai penyumbang kepada kebesaran gelombang tersebut.

Naka tahu tak macam mana kajian ini dijalankan? Ia telah berlangsung pada hujung tahun lepas dengan lebih 7500 kandungan daripada 16 buah negara telah dikaji secara rawak dan hasil kajian tersebut telah digarapkan sebagai ‘2019 Overseas Hallyu’ buat julung kalinya pada April lepas.

Mesti anda tak sabar nak tahu selebriti Korea mana yang menduduki takhta teratas dalam senarai itu kan? Dipersembahkan senarai penuh kepada kajian tersebut!

1. BTS (14.8%)

senarai artis sebagai penyumbang gelombang korea

2. Lee Minho (14.2%)

senarai artis sebagai penyumbang gelombang korea

3. Blackpink (12.4%)

senarai artis sebagai penyumbang gelombang korea

4. Big Bang (9.2%)

senarai artis sebagai penyumbang gelombang korea

5. Song Joongki (5.6%)

senarai artis sebagai penyumbang gelombang korea

6. Song Hyekyo (4.6%)

senarai artis sebagai penyumbang gelombang korea

7. Lee Kwangsoo (3.8%)

senarai artis sebagai penyumbang gelombang korea

8. Song Jihyo (3.6%)

senarai artis sebagai penyumbang gelombang korea

Tahniah kepada semua yang tersenarai!

Sumber: Kmania

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...