Sekejap betul rasa, tiba-tiba dah habis tayangan drama TVing “The Witch’s Diner”. Sedih kan sebab ada 8 episod sahaja?
Sinopsis
Drama fantasi gelap ini membawa kisah restoran ahli sihir yang menjual makanan. Ia membantu merealisasikan impian sesiapa dengan meminta pertukaran nyawa pelanggan tersebut.
Pendek namun padat
Tidak mengikut norma kelangsungan K-Drama lain, drama web ini hanya mempunyai 8 bahagian sahaja di mana setiap daripada berdurasi 30 ke 40 minit sahaja. Pun begitu, ia berjaya membuktikan bahawa drama yang baik tidak memerlukan masa yang panjang untuk disimpulkan.
Disaji dengan pelbagai pengajaran menerusi masalah berbeza yang dilalui setiap pelanggan, “The Witch’s Diner” memberikan pengajaran yang bermakna buat penonton pada saban episod. “Apa yang diminta, pasti akan ada hikmah dan balasannya”.
Semuanya terlerai
[Amaran SPOILER]
Pada episod terakhir drama ini, penonton dapat melihat kehidupan Jo Hee-ra (Song Ji-hyo) sebelum dia berubah menjadi ahli sihir. Mengejutkan apabila didedahkan bahawa Jin (Nam Ji-hyun) sebenarnya adalah anak yang ditinggalkan dahulu selepas disumpah dek permintaannya untuk membalas dendam.
Walaubagaimanapun, wanita itu cuba menamatkan segalanya dengan cuba membuat permintaan terakhir daripada masakannya namun sempat dihalang oleh Jin. Mahu membalas dendam dengan sendirinya, gadis itu menggunakan ‘doa’ sebagai cara untuk membuatkan Tom Kim (Choi Sung-jae) menyesal dengan perbuatannya.Semua akhirnya menemui bahagia sendiri termasuklah Jo Hee-ra, ibu angkat Jin (Seo Hee-jung) dan Jin sendiri apabila mereka mampu duduk bersama dan tersenyum mengingati cerita lama. Malah ayah Jin yang pernah melakukan kesalahan dek curang dengan ahli sihir berkenaan juga cuba berbaik semula dengan anaknya. Bagi ibu angkat Jin, kehadiran anaknya itu merupakan magis terbaik buatnya dan tiada apa lagi yang dikehendakinya di dalam kehidupan ini.
Lee Gil-yong (Chae Jong-hyeop) juga terus sentiasa menemani Jin apabila dia kini mendakapi darahnya sebagai ahli sihir. Mempunyai pendekatan yang berbeza, Jo Hee-ra meletakkan kepercayaan kepada anaknya itu dan pergi berehat buat sementara waktu bersama pembantunya, Mr. Oh (Ha Do-kwon).Kesudahan yang sempurna dan bahagia untuk semuanya termasuklah penonton kan?
Kepada sesiapa yang mahu melepaskan stres dan mempunyai daya konsentrasi yang pendek, sudah pastinya drama “The Witch’s Diner” ini sesuai buat anda. Boleh terus strim di aplikasi WeTV jika mahu!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.