Ikuti Kami:

7 Drama Hebat Pelbagai Genre Yang Bakal Menemui Anda Pada Februari Ini!

7 Drama Hebat Pelbagai Genre Yang Bakal Menemui Anda Pada Februari Ini!

Dah nak penghujung Januari ini, sudah ada beberapa drama baru yang dah beratur tunggu untuk menemui penonton pada Februari nanti! Semua genre ada, jadi para peminat K-Drama tak perlu risau dengan pilihan yang ada sebab semuanya pasti melekat di hati anda.

Lihat sahajalah senarai naskhah terbaru ini!

1. Tell Me What You Saw (OCN)

tell me what you saw

Oh Hyunjae (Jang Hyuk) pernah menjadi seorang pemprofil penjenayah yang hebat pada suatu ketika dahulu. Dia tidak pernah gagal menyelesaikan kes dengan kemahirannya itu namun selepas satu satu letupan oleh seorang pembunuh bersiri telah membunuh tunangnya, dia mula hidup senyap dan memencilkan diri. Manakala, Cha Sooyoung (Sooyoung) ialah seorang pegawai polis di sebuah kawasan pendalaman. Wanita itu mempunyai kuasa luar biasa di mana dia boleh menghafal semua benda yang dilihatnya dalam sekelip mata. Ingatkan pembunuh bersiri itu sudah mati tetapi apabila dia kembali dengan jenayah rantaiannya, Hyunjae tidak mahu mendiankam diri lagi dan mencari jalan untuk menumpaskannya dengan bantuan kemahiran luar biasa Sooyoung.

2. My Holo Love (Netflix)

my holo love

Soyeon (Ko Sunghee) mempunyai masalah untuk mengecam muka orang, setiap manusia yang dilihatnya hanyalah kabur pada pandangan lantas membuatkan dia menjadi seroang yang pendiam kerana takut tersalah menegur orang. Atas satu insiden yang tidak dijangka, satu cermin mata hologram telah sampai ke tangan wanita itu. Dia kemudiannya mengenali satu hologram AI yang bernama Holo menerusi cermin mata tersebut dan dia mula merasai perubahan kepada kehidupannya. Sepanjang bersama Soyeon, Holo yang telah diprogramkan oleh seorang bijak pandai iaitu Ko Nando (Yoon Hyunmin) mula menyedari bahawa perasaan sesorang tidak mampu dikawal dan tiada batasannya. Melihatkan interaksi di antara ciptaannya dan wanita tersebut membuatkan Nando berasa tak tentu arah. Adakah kerana Holo yang mula pandai mengingkarinya atau pun dia sebenarnya cemburu?

3. The Cursed (tvN)

the cursed

Im Jinhee (Uhm Jiwon) iaitu seorang wartawan yang mementingkan ketelusan sesuatu berita. Semasa menyelongkar cerita di sebalik kes keganasan melibatkan syarikat IT terbesar di Korea iaitu Forest, dia mempelajari bahawa pengarahnya iaitu Jin Jonghyun (Sung Dongil) sebenarnya bertuhankan syaitan. Im Jinhee juga mendapat tahu mengenai satu syarikat perundingan roh yang bersangkut rapat dengan syarikat gergasi itu dan iainya dikemudi oleh Jin Kyung (Jo Minsoo). Bagi menumpaskan Forest, wartawan itu telah berkenalan dengan Sojin (Jung Jiso) yang dirasuk oleh satu semangat dan membuatkan dia mempunyai satu kuasa luar biasa.

4. Hyena (SBS)

hyena korea

Jung Geumja (Kim Hyesu) ialah seorang peguam yang melanggar semua batasan bagi memastikan dia berjaya memenangi kes yang diwakilkannya. Manakala Yoon Heejae (Ju Jihoon) pula ialah seorang peguam elit yang yakin dengan kemahirannya selain mempunyai ego yang tinggi. Kedua peguam ini pantang bertemu di mahkamah dan akan berusaha bersungguh-sungguh bagi mendapatkan kes mewah yang dialami oleh golongan 1% tertinggi dalam masyarakat.

5. If The Weather Is Good, I’ll Find You (jtbc)

I'll Visit You When the Weather Is Nice

Mok Haewon (Park Minyoung), seorang wanita yang penat dengan kehidupan sibuk di bandar Seoul dan berpindah ke kampung halamannya. Semasa di pendalaman itu, dia mula mengenali Im Eunseob (Seo Kangjoon) iaitu seorang lelaki diam yang memiliki sebuah kedai buku bebas. Mok Haewon merupakan seorang wanita yang mempunyai hati beku kerana menerima layanan buruk daripada orang lain. Sehinggalah dia berjumpa dengan Im Eunseob yang berjaya mencairkan hatinya itu. Senyuman lelaki itu yang lembut juga mencerminkan sikap bertimbang rasanya terhadap orang lain. Bukan sahaja baik dengan Mok Haewon, dia juga peramah dengan sesiapa yang datang ke kedai kecilnya dan tanpa gagal akan menyediakan secawan kopi kepada mereka semua.

6. Hi Bye Mama (tvN)

hi bye mama

Cha Yoori (Kim Taehee) ialah seorang roh yang gembira dan penyibuk. Secara lahiriahnya dia sememangnya merupakan seorang yang girang dan optimistik tetapi dia tidak mampu untuk ke dunia lain kerana sesal tidak dapat memegang anaknya buat kali terakhir. Untuk sebab yang tidak pasti, dia tidak dibawa ke pentas penghakiman di akhirat tetapi diberi peluang untuk kembali ke dunia sekiranya dia berjaya membuktikan kemampuannya dalam masa 49 hari. Jo Kanghwa (Lee Kyuhyung), suami Yoori telah menanam rasa cinta kepada isterinya jauh di lubuk hatinya selepas tragedi itu. Walaupun pada awalnya dia merupakan seorang yang peramah dan baik tetapi personalitinya berubah selepas kematian isteri kesayangannya. Namun apabila isterinya muncul kembali dalam hidupnya selepas lima tahun, hidupnya bertukar gelisah.

7. Wise Doctor Life/ Doctor Playbook (tvN)

doctor playbook

Digarap oleh produser drama “Prison Playbook”, “Wise Doctor Life” membawa cerita tentang lima sekawan yang belajar di sekolah perubatan yang sama pada tahun 1999 sebelum bekerja di dalam sebuah hospital yang sama. Sememangnya drama perubatan merupakan tema yang tidak asing lagi dalam arena drama dan perfileman di Korea tetapi naskhah ini lebih memberi fokus kepada kehidupan harian dan biasa para kakitangan hospital dan pesakit.

Fuhhh! Semua macam best sangat, macam mana nak pilih ni? Jangan risau, apa kata anda saksikan semua drama ini. Rugi tahu kalau miss satu drama pun!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...