Ikuti Kami:

6 Tahun Lepas ‘It’s Okay That’s Love’, Jo Insung Dikatakan Bakal Berlakon Dalam Drama Baru Bersama Han Hyojoo

6 Tahun Lepas ‘It’s Okay That’s Love’, Jo Insung Dikatakan Bakal Berlakon Dalam Drama Baru Bersama Han Hyojoo

Selepas nama Han Hyo-joo disebut bakal menerajui drama baru selepas 4 tahun berehat daripada dunia K-Drama, kini banyak nama hebat lain yang disebut bakal membarisi drama “Moving” itu.

Menurut laporan satu media, Jo In-sung dikhabarkan bakal kembali berlakon selepas 6 tahun menyepikan diri sejak “It’s Okay. That’s Love” tamat tayangan. Katanya, pelakon lelaki berbakat ini akan menyertai barisan pelakon “Moving”, iaitu sebuah naskhah berdasarkan daripada sebuah webtoon popular. Drama ini membawa kisah perkembangan pelajar sekolah dan ibu bapa mereka yang menyimpan rahsia besar daripada diketahui oleh orang lain.

jo insung

Bahkan naskhah ini kini mendapat perhatian ramai kerana ia bakal diarahkan oleh pengarah Mo Wan-il yang berjaya mengemudi drama popular “Misty” dan “The World Of The Married” sebelum ini.

Bukan sahaja kedua pelakon hebat ini yang disebut, malah pelakon Cha Tae-hyun juga dikatakan sedang dalam proses meneliti untuk berlakon dalam drama ini. Baru sahaja membintangi drama “Team Bulldog: Off-Duty Investigation” beberapa bulan lepas, nampak gayanya lelaki ini masih belum puas lagi menonjolkan bakatnya.

cha taehyun

Sama-sama kita nantikan sama ada barisan pelakon hebat ini akan mengesahkan berita ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...