Ikuti Kami:

6 K-Drama Pelbagai Genre Bakal Temui Penonton Pada Mac Ini

6 K-Drama Pelbagai Genre Bakal Temui Penonton Pada Mac Ini

Masuk bulan baru, sudah pastinya makin banyak drama Korea baru yang akan hadir dan menghiburkan anda.

Jom kita saksikan senarai drama baru untuk bulan Mac ini!

Mouse

tvN | 3 Mac

tvn mouse

Drama thriller jenayah ini membawa kisah seorang lelaki yang telus dan naif, Jung Ba-reum (Lee Seung-gi) dan detektif tanpa kira undang-undang bernama Go Moo-chi (Lee Hee-joon) yang obses untuk membalasa dendam terhadap pembunuh bersiri yang menjadi dalang kepada pembunuhan ibu bapanya semasa kecil. Dua lelaki yang berbeza personaliti ini bergabung tenaga bagi mengejar penjahat dalam kalangan ‘1% teratas’ psikopat.

Love Alarm 2

Netflix | 12 Mac

netflix love alarm 2

Musim kedua ini bermula selepas 4 tahun daripada musim pertama ditutup. Aplikasi tersebut kian maju dengan tambahan ciri seperti senarai ‘individu yang akan menyukai saya’ dana ‘individu yang akan saya sukai’. Pada fasa ini, tiga watak utama berkenaan akan melalui pelbagai konflik baru. Kim Jo-jo (Kim So-hyun) yang masih belum boleh meluahkan perasaannya dek satu ciri yang menyekat notofikasi orang lain daripada berbunyi, Lee Hye-young (Jung Ga-ram) yang sanggup melakukan apa sahaja untuk kekal di sisi gadis itu dan Hwang Sun-oh (Song Kang) yang terus berada dekat dengan Jo-jo.

Revolutionary Sisters

KBS | 13 Mac

kbs revolutionary sisters

Dalam proses pernceraian yang sedang berlangsung, seorang ibu tiba-tiba dibunuh dan kesemua ahli keluarga terdekat terus menjadi sasaran suspek utama kepada kes tersebut.

Navillera

tvN | 22 Mac

tvn navillera

“Navillera” membawa kisah Duk-chool (Park In-hwan) yang mula menari ballet pada usia 70 tahun dan Chae-rok (Song Kang), seorang penari balet berusia 23 tahun yang hilang arah ketika mengejar impiannya. Drama ini akan menceritakan kisah individu yang mengejar cita-cita mereka kerana hidup ini hanya sekali.

Joseon Exorcist

SBS | 22 Mac

sbs joseon exorcist

Drama ini menceritakan kisah pertempuran si mati yang hidup semula selepas dibunuh oleh keluarga diraja. Jang Dong-yoon memegang watak Putera Chungnyeong iaitu seorang lelaki ‘nerd’ yang terpaksa melindungi Joseon daripada roh jahat. Kam Woo-sung berlakon sebagai Kim Tae-jong iaitu seorang pewaris yang dingin namun secara diam memendam rasa bersalah kerana menumpahkan banyak darah semasa membina Joseon. Park Sung-hoon pula membawa watak sebagai Putera Yang-nyeong yang menjalinkan hubungan dengan roh jahat bagi menyelamatkan orang disayangi.

Oh! Master

MBC | 24 Mac

mbc oh! master

“Oh! Master” membawa kisah dua orang individu yang tinggal bersama iaitu seorang penulis yang ‘tidak bercinta’ dan seorang pelakon komedi romantik popular yang ‘tak boleh’ bercinta. Lee Min-ki bakal membawa watak Han Bi-su, seorang penulis drama thriller terbaik di Korea yang tidak terlibat dengan sebarang perhubungan romantik. Manakala Nana pula akan menggalas tugas membawa watak ratu romantik komedi di Korea yang tak boleh bercinta bernama Oh Ju-in.

Drama mana yang anda dah tak sabar nak tonton?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...