Utama Drama Korea 6 Episod Penuh Thrill Unit Khas Kejar Pelarian Tentera, 5 Sebab Kena...

6 Episod Penuh Thrill Unit Khas Kejar Pelarian Tentera, 5 Sebab Kena Tonton ‘D.P.’ Di Netflix Kini

netflix d.p.

Netflix tak pernah gagal bagi menyediakan kandungan paling ‘fresh’ buat penontonnya. Terbaru, anda akan mengalami thrill mengejar pelarian tentera menerusi siri asal “D.P.“.

Bagi menaikkan lagi keterujaan semua, kami berpeluang menyertai sidang media khas naskhah ini. Pendedahan daripada pengarah Han Jun-hee dan barisan pelakon seperti Jung Hae-in, Koo Kyo-hwan, Kim Sun-kyun dan Son Suk-ku pastinya akan membuatkan semua tidak sabar untuk menontonnya!

D.P. unik dalam tentera

Bukan sahaja kita malah ramai orang Korea juga sebenarnya kurang arif mengenai unit ‘D.P’ ataupun ‘deserter pursuit’ di dalam sistem ketenteraan.

Menurut Jung Hae-in,

D.P. ialah nama bagi polis ketenteraan yang mengejar tentera AWOL (tidak hadir tanpa kebenaran). Mereka tidak kelihatan seperti tentera kerana menyamar dan berada di luar markas tentera serta dalam masyarakat bagi mencari tentera yang melarikan diri ini. Kadang-kadang, mereka membela rambut panjang, mewarnakan rambut, memakai kaca mata hitam dan menyamar. Mereka akan kelihatan terlalu jelas sekiranya berpakaian tentera.

netflix d.p.
Ihsan Netflix

Pun begitu, pengarah Han Jun-hee dan Koo Kyo-hwan berpeluang untuk mendengar sendiri cerita daripada tentera yang pernah berkhidmat di dalam unit ini.

Kata Koo Kyo-hwan,

Terdapat beberapa orang yang pernah bertugas dalam unit D.P. menghubungi saya dan kami berkongsi cerita semasa makan bersama.

Tambah pengarah “D.P.”,

Penulis Kim Bo-tong sebenarnya pernah berada di bawah unit D.P. dan kami ada bersembang mengenai pengalamannya itu.

Popular sebagai webtoon

Sudah mencipta nama sebagai webtoon kesukaan ramai, pastinya ada kelainan yang cuba ditampilkan apabila “D.P.” diangkat sebagai siri asal,

Jelas pengarah itu,

Inilah kisah yang saya mahu ceritakan, jadi saya mengambil masa selama 5 ke 6 tahun untuk membawa webtoon ini ke skrin televisyen. Apa yang penting buat saya ialah kisah apa yang boleh dipaparkan menerusi siri ini. Anak muda berusia awal 20-an menyertai tentera, jadi saya merasakan ramai yang boleh memahami kisah ini dan meletakkan diri mereka di tempat watak.

netflix d.p.
Ihsan Netflix

Watak baru bawa kelainan

Kalau anda nak tahu, watak Han Ho-yeol (Koo Kyo-hwan) dan Kapten Lim Ji-seop (Son Suk-ku) sebenarnya ialah karakter baru yang ditambah di dalam siri asal Netflix ini.

Jelas Son Suk-ku mengenai wataknya,

Saya bukan seorang ‘enlistee’, saya melakonkan watak Kapten Lim Ji-seop. Kim Sung-kyun membawa watak Sarjan Park Beom-gu dan kami sering mempunyai pendapat yang berbeza. Siri ini akan mengingatkan anda mengenai kenaikan pangkat dan keinginan lain apabila bekerja di dalam masyarakat.

netflix d.p.
Ihsan Netflix

Selain daripada itu, pangkat watak Jung Hae-in juga diturunkan sedikit berbanding di dalam webtoon asalnya. Menarik kan?

Gabung elemen berat dan ringan

Dengar sahaja kisah kejar-mengejar pelarian tentera, mesti anda dah terbayang babak aksi yang berat sahaja kan? Uniknya “D.P.” ini, penonton akan dihiburkan dengan telatah duo utama iaitu Jung Hae-in dan Koo Kyo-hwan.

netflix d.p.
Ihsan Netflix

Disebabkan oleh personaliti Han Ho-yeol yang kelakar, Ahn Jun-ho (Jung Hae-in) sedikit kekok dengan lelaki itu pada awalnya namun kerjasama antara mereka bagi menangkap para pelarian itu pastinya akan membuatkan penonton teruja.Kongsi Koo-Kyo-hwan, dia sering berselisih dengan Jung Hae-in di pelbagai tempat seperti majlis penting lantas dia merasakan bahawa dunia sememangnya mahukan mereka bersama.

Jung Hae-in menambah manja,

Jikalau diberikan markah, saya akan mendapat 5 manakala Koo Kyo-hwan juga 5, jadi kami adalah 10 daripada 10 untuk keserasian.

Hubungan utuh

Bersama-sama mengharungi penggambaran, keutuhan hubungan di antara kesemua pelakon ini nyata membina hubungan baru antara mereka. Bahkan kesemua mereka sepertinya seronok apabila berada di set bersama-sama,

Kongsi Kim Sun-kyun,

Semasa penggambaran, kami berasa seperti melepak dengan rakan-rakan.

netflix d.p.
Ihsan Netflix

Malah Jung Hae-in sempat menambah bahawa Kim Sun-kyun merupakan ‘gam’ yang mencantumkan mereka semua ketika di set.”D.P.” sudah pasti akan menjadi naskhah yang membuka mata ramai mengenai unit ‘deserter pursuit’. Bahkan penonton yang tidak mempunyai pengalaman sebagai tentera turut akan mempelajari pelbagai perkara baru selain mengalami keterujaan mengejar pelarian tersebut.

Jangan lupa untuk saksikan “D.P.” bermula 27 Ogos di Netflix, okay? 6 episod sahaja!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Leave a Reply