Ikuti Kami:

5 Naskhah Korea Pelbagai Warna Romantik Bakal Temui Anda Di Netflix Jun Ini

5 Naskhah Korea Pelbagai Warna Romantik Bakal Temui Anda Di Netflix Jun Ini

Tak sabar nak tunggu Jun sebabnya Netflix dah sediakan pelbagai naskhah romantik Korea baru buat anda. Bukan sekadar membuatkan anda berbunga, bahkan mungkin ada di antaranya yang akan membuatkan anda geram mahupun menangis.

Sweet & Sour | 4 Jun

“Sweet And Sour” membawa cerita seorang lelaki bernama Jang Hyuk (Jang Ki-young) yang mahukan kedua-dua cinta dan kerja, Da-eun (Chae Soo-bin) iaitu teman wanitanya dan Bo-yeong (Krystal) iaitu wanita yang ditemuinya dalam satu persekitaran baru. Ianya digamabarkan sebagai sebuah naskhah komedi romantik menyegarkan mengenai hubungan rumit di antara tiga orang individu dengan emosi yang berbeza.

netflix sweet and sour

Love (ft. Marriage & Divorce) 2 | 12 Jun

Drama ini membawa kisah 3 wanita menawan bekerja di stesen radio yang sama dan berada dalam lingkungan usia 30-an, 40-an dan 50-an. Mereka semua melalui pelbagai dugaan dalam kehidupan rumah tangga dalam usaha untuk mencari cinta sejati. Musim kedua ini akan memaparkan lebih banyak skandal si suami selain pelbagai rahsia lama yang bakal meggegarkan lagi dunia mereka.

netflix love (ft. marriage and divorce) 2

Hospital Playlist 2 | 17 Jun

Drama ini membawa kisah lima sekawan yang sama-sama belajar di sekolah perubatan yang sama sebelum bertugas di hospital yang sama. Menampilkan kehidupan normal para doktor dan kakitangan perubatan yang jarang dipaparkan dalam drama perubatan lain. Tk sabar nak lihat progres kehidupan mereka dalam musim kedua ini nanti!

netflix hospital playlist 2

So Not Worth It | 18 Jun

Sitkom ini menceritakan kisah pelajar daripada pelbagai kewarganegaraan yang tinggal di bangunan asrama universiti yang sama di Seoul. Ia memaparkan pelbagai kejadian yang menonjolkan kasih sayang, persahabatan dan juga pengembaraan hidup. Ianya dibintangi Park Se-wan, Shin Hyun-seung, Choi Young-jae (GOT7), Minnie ((G)I-DLE) dan Han
Hyun-min.

netflix so not worth it

Nevertheless | 20 Jun

Diadaptasi daripada webtoon dengan nama yang sama, ia membawa kisah seorang wanita bernam Yoo Na-bi, yang mahu bercinta tapi tidak percayakan cinta dan seorang lelaki bernama Park Jae-uhn yang merasakan hubungan cinta adalah menyusahkan namun suka mengorat.

netflix nevertheless

Jangan lupa langgan Netflix untuk dapatkan akses kesemua karya hebat ini tau!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...