Ikuti Kami:

5 K-Drama Menghiburkan & Pasti Buat Anda Ketawa Tak Berhenti

5 K-Drama Menghiburkan & Pasti Buat Anda Ketawa Tak Berhenti

Kadang-kadang drama atau pun program yang popular mungkin akan menyebabkan anda tertekan dek plotnya yang beremosi. Tambahan pula, bila anda sendiri dah banyak masalah sendiri yang perlu ditanggung. Nasib baik! Sebab terdapat banyak opsyen rancangan lain yang mungkin membuatkan anda rasa ringan dan bahagia.

Nah! Ini antara beberapa drama yang mampu mencuit hati anda yang sudah gundah gulana.

Twogether

twogether

Bintang Korea, Lee Seung-gi dan bintang Taiwan, Jasper Liu bergabung tenaga untuk sebuah rancangan hiburan terbaru “Twogether” di bawah anjuran Netflix. Program ini membawa penonton mengikuti selebriti tersebut berjalan di serata Asia sambil menyelesaikan pelbagai misi dengan harapan untuk berjumpa dengan para peminat mereka. Banyak aspek yang pasti akan membuatkan anda tersenyum – pemandangan memukau, misi yang susah gila, bromance yang comel dan pertemuan di antara selebriti dan peminat yang menyentuh hati.

Welcome To Waikiki

welcome to waikiki

“Welcome To Waikiki” ternyata merupakan drama sitkom yang dipenuhi dengan komedi orang muda. 3 lelaki dan 3 perempuan tinggal di bawah bumbung yang sama dan beroperasi sebagai rumah tamu. Di samping itu, mereka semua sibuk mengejar impian masing-masing. Banyak gila insiden yang kelakar dan gila tetapi ada juga masalah yang berlaku mampu difahami oleh kita.

Disebabkan ia terlampau popular, pihak produksi telah menghasilkan musim kedua dengan pelakon yang berbeza namun tetap mengekalkan elemen komedi yang sama.

The Sound Of Your Heart

the sound of your heart

Drama “Sound Of Your Heart” diadaptasi daripada webtoon dengan tajuk yang sama di mana ia membawa kisah seorang pelukis webtoon, keluarganya yang unik dan kekasihnya. Lee Kwang-soo ternyata berjaya membawa watak kelakar tersebut sehingga membantu pelakon lain turut bersinar. Drama komedi keluarga ini pasti membuatkan anda gelak sakan dek perangai setiap seorang daripada mereka yang pelik.

Bahkan siri ini juga disambung dengan barisan pelakon baru iaitu “Sound Of Your Heart Reboot”.

Prison Playbook

prison playbook

Anda mungkin tak sangka bahawa drama bertemakan kehidupan dalam penjara akan kelakar seperti ini! “Prison Playbook” membawa penonton menelusuri kehidupan seharian banduan dan juga staf penjara. Meskipun turut diselit dengan babak yang serius tetapi ia juga dipenuhi dengan momen lawak yang pasti akan membuatkan anda gelak tak kering gusi.

She Was Pretty

she was pretty

Mungkin genre romantik adalah lebih kepada ‘makanan’ anda? Dapatkan dos romantik dan juga kelakar anda menerusi drama “She Was Pretty”. Hwang Jung-eum dan Park Seo-joon melakonkan watak sahabat daripada kecil yang bertemu semula dalam keadaan yang serabut dan berbeza wajah.

Situasi komik berlaku apabila Hwang Jung-eum cuba untuk melindungi identiti sebenarnya kerana terlampau malu. Bagi yang tahu, watak Choi Si-won sebenarnya memainkan peranan penting dalam membekalkan pelbagai babak lawak kepada penonton. Penuh dengan mesej tersirat tapi dalam masa yang sama, ia disampaikan dalam cara yang menghiburkan.

Sesiapa yang perlu ketawa besar selepas melalui hari yang sukar, diwajibkan untuk menonton kesemua rancangan dan drama ini di Netflix!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...