Ikuti Kami:

5 Filem Ditayangkan Di Festival Filem Korea 2019, Dapatkan Tiket Percuma Di GSC Mid Valley Sekarang!

5 Filem Ditayangkan Di Festival Filem Korea 2019, Dapatkan Tiket Percuma Di GSC Mid Valley Sekarang!

Mesti ramai peminat filem Korea di Malaysia ini kan? Berita baik untuk anda kerana Kedutaan Korea di Malaysia telah menganjurkan Festival Filem Korea 2019 dengan kerjasama bersama GSC Mid Valley!

Kalau anda nak tahu, terdapat 5 filem yang bakal ditayangkan bermula daripada 21 sehingga 24 November ini. Yang paling bestnya, anda boleh menonton semua filem ini secara percuma sahaja. Wow!

Disebabkan free of charge, adalah sedikit syaratnya bagi melayakkan anda mendapat tiket filem-filem Korea tersebut. Senang sahaja! Anda hanya perlu mencetak atau screenshot artikel “Festival Filem Korea 2019” dalam mana-mana penerbitan, posting atas talian ataupun menerusi saluran digital GSC. Anda layak menerima 2 tiket selepas menunjukkan bukti tersebut di kaunter GSC Mid Valley sejak daripada 20 November lagi.

Tiket hanya akan diberikan dengan konsep ‘siapa cepat, dia dapat’ dan stok tiket akan diberikan sehingga habis.

Anda mesti nak tahu, filem Korea apa yang dipilih untuk tayangan di festival ini kan? Nah, senarai penuh sekali dengan sinopsis setiap filem!

Secretly, Greatly (2013)

festival filem korea 2019

Tiga orang ejen Korea Utara telah berjaya menyeludup masuk ke dalam selatan Korea. Namun begitu, misi yang diterima mereka menyebabkan situasi itu menjadi kelakar. Mereka terpaksa berlakon menjadi orang bodoh, bintang rock dengan rambut pelik dan pelajar biasa. Situasi itu bagaimanapun menyebabkan mereka bertiga menjadi rakan baik. Pun begitu, mereka menerima arahan daripada Korea Utara untuk membunuh diri sendiri dan menyebabkan ketiga-tiga mereka mula mempersoalkan kesetiaan kepada negara sendiri buat pertama kalinya.

Pelakon: Kim Sohyun, Lee Hyunwoo, Park Kiwoo

Kundo: Age of Rampant (2014)

festival filem korea 2019

Mengisahkan pada hari-hari akhir zaman Joseon di mana disebabkan oleh ketamakan orang atasan telah mengakibatkan kepada kemiskinan dan kematian. Sekumpulan penyamun dengan nama KUNDO telah bangkit dan melawan pihak ini dengan mencuri daripada yang kaya dan memberikannya kepada yang miskin. Dalam sebuah era di mana nasib seseorang ditentukan semasa kelahirannya tetapi KUNDO telah merisikokan nyawa mereka bagi menegakkan keadilan untuk orang miskin dan teraniaya.

Pelakon: Kang Dongwon, Ha Jungwoo, Ma Dongseok, Cho Jinwoong, Lee Sungmin

The Road Called Life (2014)

Filem animasi ini mebawa tiga kisah dongeng yang popular di Korea iaitu “When the Buckwheat Flowers Bloom”, “Spring Spring” dan “A Lucky Day”.

The Classified Files (2015)

festival filem korea 2019

Seorang gadis bernama Eunjoo telah hilang di Busan pada tahun 1978. Disebabkan tiada berita mahupun interaksi dengan penculik, polis menganggap bahawa dia sudah mati. Ibu Eunjoo yang terdesak telah meminta bantuan seorang penilik nasib, Kim Joongsan dan dia menyatakan bahwa anaknya itu masih hidup dan mereka perlu meminta pertolongan detektif veteran iaitu Gong Gilyong. Walaupun sedikit skeptikal, detektif itu tetap menerima kes itu. Apabila telahan Joongsan dalam siastan itu berhasil, Gilyong mula mempercayai kuasa psikiknya, lantas mereka berdua mula bekerjasama bagi membawa Eunjoo pulang ke rumah.

Pelakon: Kim Yoonseok, Yu Haejin

Wonderful Nightmare (2015)

festival filem korea 2019

Yeonwoo merupakan seorang peguam yang berjaya namun disebabkan oleh kemalangan automobil, dia telah disahkan koma. Wanita itu bagaimanapun telah bangun di syurga dan mendapati bahawa kematiannya adalah disebabkan oleh kesalahan orang akhirat dan sebenarnya seorang wanita tua dengan nama yang sama dengannya yang sepatutnya mati. Bagi menyembunyikan kesalahan itu, Yeonwoo telah meminta untuk hidup sebagai wanita lain iaitu seorang suri rumah yang juga telah terbunuh tanpa sengaja selama sebulan. Permintannya itu mendapat keizinan dan dia mulakan kehidupan sebagai seorang isteri kepada seorang pekerja kerajaan biasa, ibu kepada seroang remaja yang menyusahkan dan juga ibu kepada kanak-kanak berusia 6 tahun yang matang. Selepas menjalani kehidupan itu, Yeonwoo mendapati bahawa dirinya telah berubah menjadi seorang yang lain dan dia terpaksa menghadapi cabaran yang tidak pernah dilaluinya sebelum ini.

Pelakon: Song Seungheon, Uhm Junghwa, Ra Miran, Seo Shinae

Disertakan sekali jadual tayangan bagi kelima-lima filem itu sepanjang festival ini berlangsung.

festival filem korea 2019 gsc mid valley

Jangan lupa untuk serbu GSC MId Valley daripada 21 November sehingga 24 November ini! Cepat-cepat!

Sumber: GSC

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...