Ikuti Kami:

5 Bulan Diam Dek Kontroversi, Seo Yeji Dilamar Jadi Pewaris Kaya Dalam Drama tvN ‘Eve’s Scandal’

5 Bulan Diam Dek Kontroversi, Seo Yeji Dilamar Jadi Pewaris Kaya Dalam Drama tvN ‘Eve’s Scandal’

Selepas 5 bulan terpalit kontroversi mengawal bekas kekasih Kim Jung-hyun, Seo Ye-ji dikhabarkan sedang membuat persediaan untuk kembali ke dunia drama.

Terbaru, sumber media melaporkan tvN telah menyerahkan skrip drama “Eve’s Scandal” buat pelakon itu.

Kami telah menghantar skrip kepada Seo Ye-ji dan sedang berbincang kini sambil menantikan jawapan terakhirnya.

Malah agensinya turut mengesahkan berita tersebut dan menjelaskan bahawa Seo Ye-ji sedang meneliti tawaran itu.seo yejiDalam pada itu, Park Byung-eun dikhabarkan turut sedang mempertimbangkan tawaran untuk muncul di dalam drama ini.

Untuk pengetahuan anda, “Eve’s Scandal” ialah sebuah kisah mengenai penceraian dalam keluarga kaya bernilai 2 trilion won (RM7.164 bilion) yang bakal menghuru-harakan Korea. Seo Ye-ji dilamar untuk membawa watak Lee Ra-el, wanita yang dilahirkan kepada bapa yang bijak dan ibu yang cantik namun terpaksa berubah kepada ‘bunga berbahaya’ yang mempersonakan dek sejarah malang keluarganya. Dia juga menjadi perhatian dalam kes penceraian mengejutkan tersebut.

Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut mengenai berita ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...