Ikuti Kami:

4 Tahun Tinggalkan Dunia Drama, Jeon Doyeon & Ryu Junyeol Dikhabarkan Akan Bergandingan Dalam Naskhah Baru

4 Tahun Tinggalkan Dunia Drama, Jeon Doyeon & Ryu Junyeol Dikhabarkan Akan Bergandingan Dalam Naskhah Baru

Sesuatu drama itu akan menjadi best apabila ia dibarisi oleh pelakon hebat dengan mutu lakonan yang mantap! Sama seperti dengan drama “Disqualified As A Human” yang kini sedang dalam pembikinan.

Dengar khabar, pelakon Ryu Jun-yeol telah dirisik untuk muncul sebagai pelakon utama naskhah tersebut. Bahkan agensi naungan lelaki itu turut memberikan kenyataan mengenai berita tersebut.

Memang benar Ryu Jun-yeol sedang meneliti dengan positif drama tersebut. Walaubagaimanapun, keutamaannya kini adalah untuk memberi fokus kepada filem terbarunya ‘Alien’ dan kami juga sedang menyusun jadual seninya untuk memberi ruang kepada projek lain.

jeon doyeon dan ryu junyeol

Kalau anda nak tahu, drama “Disqualified As A Human” turut dikahabarkan telah melamar pelakon Jeon Do-yeon untuk membintangi naskhah tersebut. Malah, seorang wakil daripada SOOP Entertainment turut mengesahkan berita tersebut dan menyatakan bahawa pelakon wanita itu kini sedang meneliti tawaran tersebut.

“Disqualified As A Human” membawa kisah seorang wanita 40 tahun yang bekerja sebagai ‘penulis hantu’ dan merasa hilang dalam arus kehidupan. Manakala seorang lelaki berusia 27 tahun pula menyimpan rasa takut dia tidak akan dapat mencapai apa-apa dalam hidupnya.

Jikalau kedua pelakon ini bersetuju untuk berlakon dalam drama ini, ini menandakan kepulangan keduanya ke arena drama Korea selepas 4 tahun memberikan fokus kepada industri perfileman. Seperti yang diketahui, kali terakhir mereka berlakon drama adalah pada tahun 2016, Jeon Do-yeon dengan “The Good Wife” dan Ryu Jun-yeol dengan “Lucky Romance”.

Haraplah mereka menerima tawaran ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...