Ikuti Kami:

4 Tahun Senyap, Soo Ae Dikhabarkan Bakal Kembali Berlakon Dalam Drama ‘Now, We’re Breaking Up’

4 Tahun Senyap, Soo Ae Dikhabarkan Bakal Kembali Berlakon Dalam Drama ‘Now, We’re Breaking Up’

Sejak tamat drama “Sweet Stranger And Me” pada tahun 2016, nama pelakon Soo-ae sepertinya tenggelam sedikit daripada dunia seni. Pun begitu, dikhabarkan bahawa wanita itu bakal kembali berlakon dalam sebuah drama bertajuk “Now, We’re Breaking Up”.

Watak utama yang ditawarkan kepada Soo-ae ialah Ha Young-eun iaitu seorang ketua jabatan rekaan di sebuah label fesyen terkenal. Walaupun dia merupakan seorang yang realistik dan dingin tapi wanita itu bijak dan mementingkan keselamatan. Malahan Young-eun dikagumi ramai kerana mampu mengekalkan tubuh badan yang sihat selain mengikut trend meskipun sudah menjangkau usia 38 tahun. Tegas dengan matlamatnya, dia juga tidak membuang masa dengan hal lelaki.

soo ae

Agensi naungan Soo-ae iaitu Huayi Brothers turut mengesahkan berita ini dan mengatakan bahawa pelakon itu sedang mengkaji naskhah tersebut secara positif.

Kalau betul Soo-ae jadi berlakon dalam “Now, We’re Breaking Up”, maknanya rindu peminat akan terubat. Dikenali sebagai salah seorang pelakon lama dengan mutu lakonan yang tiada tandingan, sudah pasti kemunculannya semula dalam arena K-Drama membuatkan ramai teruja.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...