Ikuti Kami:

4 Tahun Lepas ‘W’, Han Hyojoo Dikhabarkan Bakal Kembali Dengan Drama Baru Pengarah ‘The World Of The Married’

4 Tahun Lepas ‘W’, Han Hyojoo Dikhabarkan Bakal Kembali Dengan Drama Baru Pengarah ‘The World Of The Married’

Siapa ingat lagi drama popular “W” dibintangi oleh Han Hyo-joo dan Lee Jong-suk yang ditayangkan pada tahun 2016? Tak sangka dah 4 tahun berlalu, malahan itu adalah drama terakhir yang menampilkan pelakon wanita itu sebagai teraju utama sebelum dia memberi fokus kepada industri perfileman sahaja.

Walaubagaimanapun, terdapat khabar angin baik yang kini berterbangan dalam dunia drama Korea apabila dikatakan Han Hyo-joo berkemungkinan bakal kembali berlakon dalam sebuah drama terbaru bertajuk “Moving” berdasarkan sebuah webtoon popular dengan nama yang sama.

Bahkan naskhah ini kini mendapat perhatian ramai kerana ia bakal diarahkan oleh pengarah Mo Wan-il yang berjaya mengemudi drama popular “Misty” dan “The World Of The Married” sebelum ini.

han hyojoo drama movingMeskipun proses pengambilan pelakon sedang bergerak dengan hebat namun tarikh spesifik permulaan produksi belum lagi ditentukan dek kes COVID-19 yang kian memburuk di Korea. Disebabkan itu, banyak tapak produksi yang terpaksa menghentikan seketika kerja mereka buat seketika ini.

Pada awalnya, pihak produksi mensasarkan awal tahun 2021 sebagai tarikh tayangan “Moving” namun kini ia tidak dapat dipastikan lagi. Jadi mereka memberi fokus untuk mencari pelakon untuk naskhah ini terlebih dahulu.

Nah! Walaupun belum pasti lagi Han Hyo-joo bakal bersetuju untuk berlakon dalam drama ini tetapi ramai yang sudah teruja apabila mendengarkan khabar angin ini memandangkan sudah lama pelakon wanita itu berehat daripada dunia K-Drama.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...