Ikuti Kami:

4 Pelakon Hebat Terima ‘Anugerah Populariti’ Di 40th Blue Dragon Film Awards!

4 Pelakon Hebat Terima ‘Anugerah Populariti’ Di 40th Blue Dragon Film Awards!

Bagi yang tidak tahu, “Blue Dragon Film Awards” merupakan salah satu anugerah yang berprestij di Korea. Tujuan anugerah ini diadakan saban tahun adalah untuk menghargai semua naskhah yang dikeluarkan pada tahun tersebut. Kelmarin, anugerah ini yang ke-40 telah berlangsung di Paradise City Hotel and Resort, Incheon.

Dalam banyak-banyak kategori yang dipertandingkan dalam anugerah masyhur ini, ada satu anugerah yang sering dinantikan oleh para peminat. Anugerah itu ialah “Anugerah Populariti”. Trofi ini diberikan kepada pelakon yang mendapat undian terbanyak daripada peminat menerusi filem masing-masing yang dipertandingkan pada tahun tersebut.

40th blue dragon film awards

Yang syoknya, terdapat empat pelakon yang telah diberikan anugerah populariti berdasarkan undian yang telah diterima. Kalau dilihat, semua pelakon yang dipilih ini merupakan nama-nama yang hebat! Mereka ialah Im Yoona (filem EXIT), Honey Lee (filem Extreme Job), Park Hyungsik (Juror 8) dan Lee Kwangsoo (Inseparable Bros).

anugerah populariti 40th blue dragon film awards

Paling kelakar apabila Park Hyungsik yang hadir ke anugerah itu dengan berpakaian lengkap tentera. Mesti terkejutkan? Pelakon lelaki itu sebenarnya sedang dalam latihan khidmat ketenteraan dan telah mengambil cuti untuk menghadiri “40th Blue Dragon Films Awards”. Mengikut undang-undang ketenteraan, sesiapa yang mengambil cuti perlu mengenakan pakaian penuh tentera apabila mereka berada di luar kawasan kem.

park hyungsik 40th blue dragon film awards

Kesemua pemenang yang dipilih ini ternyata popular dan mempunyai peminat yang ramai. Jadi tak hairanlah kenapa mereka telah berjaya merangkul anugerah istimewa ini.

Sumber: KStarLive

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...