Ikuti Kami:

4 Individu Huni Bangunan Ada Kes Pembunuhan, ‘You Are My Spring’ Kongsi Barisan Pelakon Utama

4 Individu Huni Bangunan Ada Kes Pembunuhan, ‘You Are My Spring’ Kongsi Barisan Pelakon Utama

Beberapa kali nama pelakon terkenal disebut bakal membintangi drama “You Are My Spring”, akhirnya barisan pelakon utama sudah pun sah diumumkan.

Digambarkan sebagai drama ‘romantik penyembuhan’, ia akan membawa kisah mengenai sekumpulan individu yang tinggal dalam bangunan yang mempunyai kes pembunuhan dahulu dan mereka semua menjalani kehidupan dewasa namun hati kesemuanya kekal terperangkap ketika berusia 7 tahun.

Seo Hyun-jin akan membawa watak Kang Da-jung, seorang pengurus perkhidmatan hadapan di sebuah hotel yang berpindah ke bangunan tersebut untuk memulakan hidup baru namun terpaksa berhadapan dengan kisah ketika kanak-kanak apabila dia terjebak dengan Joo Young-do dan satu kes pembunuhan.

Watak Joo Young-do pula akan dilakonkan oleh Kim Dong-wook iaitu seorang pakar psikiatri yang bijak dan sentiasa membantu orang lain untuk melawan bebanan emosi mereka. Walaubagaimanapun, dia sendiri menjalani kehidupan tanpa benar-benar terubat daripada luka emosi sejak sekian lamanya.

tvn you are my spring

Dari kiri: Seo Hyun-jin, Kim Dong-wook, Yoon Park, Nam Gyu-ri

Yoon Park menggalas tanggungjawab menjayakan watak Chae Joon, ketua di sebuah syarikat pelaburan yang secara tiba-tiba muncul di hadapan Kang Da-jung pada suatu hari dan sepertinya mampu memahami hati wanita itu dengan sempurna.

Bagi watak Ahn Ga-young, ianya akan dilakonkan oleh Nam Gyu-ri di mana dia ialah seorang pelakon yang takutkan cinta selepas disakiti oleh pengurusnya sendiri yang juga merupakan bekas teman lelakinya.

Khabarnya “You Are My Spring” akan mula ditayangkan di tvN pada separuh awal 2021.

Pelakon semua best, memang kena layan nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...