Ikuti Kami:

3 Tahun Menyepi, Jang Geunsuk Dilapor Bakal Terajui Drama ‘Unexpected Country Diary’

3 Tahun Menyepi, Jang Geunsuk Dilapor Bakal Terajui Drama ‘Unexpected Country Diary’

Hampir 3 tahun menyepikan diri, nampak gayanya Jang Geun-suk mungkin akan membuat comeback dengan drama baru tak lama lagi.

Menurut sumber, pelakon lelaki itu telah menerima tawaran untuk berlakon dalam drama Kakao TV iaitu “Unexpected Country Diary”.

Menurut agensinya pula, memang benar Jang Geun-suk ada menerima tawaran itu dan sedang menelitinya kini.

jang geunsuk

“Unexpected Country Diary” diadaptasi daripada novel web dengan nama yang sama dan membawa kisah mengenai seorang lelaki daripada Seoul yang berkenalan dengan pegawai polis wanita semasa tinggal di perkampungan.

Baru sahaja menamatkan perkhidmatan ketenteraan pada tahun lalu, kali terakhir Jang Geun-suk muncul dalam drama ialah pada tahun 2018 menerusi “Switch”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...