Ikuti Kami:

3 Pesakit Kronik Bertindak Ekstrem, Episod Awal ‘The One And Only’ Catat Rating Biasa

3 Pesakit Kronik Bertindak Ekstrem, Episod Awal ‘The One And Only’ Catat Rating Biasa

Nampaknya “The One And Only” membawa plot yang berat namun menyentuh hati dalam masa yang sama. Dalam episod awal sahaja, dah bermacam perasaan dilalui penonton.

Sinopsis

Drama romantik emosional ini membawa kisah tiga wanita menghidapi sakit yang boleh membawa maut yang bertemu di pusat penjagaan hospital. Mereka membuat keputusan untuk mengalahkan seorang lelaki jahat sebelum menemui ajal – tapi ketika usaha itu, mereka berkenalan dengan seseorang yang bermakna dalam kehidupan mereka.

jtbc the one and only

Nasib berbelit tiga wanita

[Amaran SPOILER]

Tidak mempunyai banyak masa untuk hidup kerana menghidapi penyakit kronik, Pyo In-sook (Ahn Eun-jin), Sung Mi-do (Joy) dan Kang Se-yeon (Kang Ye-won) yang bertemu di hospis mahu menumpaskan seorang penjahat sebelum pergi meninggalkan dunia. Mereka memilih jiran Pyo In-sook yang sering mendera anaknya selain pernah mencederakan nenek wanita itu sebagai sasaran namun ianya berubah lain apabila terdapat saksi yang melihat kejadian itu iaitu Min Woo-chun (Kim Kyung-nam).

jtbc the one and only

Malah kesemua mereka sepertinya tidak mempunyai kawalan lagi apabila melakukan sahaja yang dimahukan kerana masa yang tidak panjang. Apa agaknya yang akan jadi nanti?

Rating biasa

Untuk tayangan awal “The One And Only”, ianya merekodkan rating sebanyak 2.442% untuk episod pertama sebelum menurun ke 1.365% pada episod seterusnya. Satu rekod yang biasa bagi sebuah drama yang baru ditayangkan namun pastinya mempunyai potensi untuk terus meningkat nanti.

Siapa yang dah tonton episod awal?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...