Ikuti Kami:

3 Persoalan Penting Bakal Dirungkai Dalam Separuh Kedua ‘Tale Of The Nine Tailed’

3 Persoalan Penting Bakal Dirungkai Dalam Separuh Kedua ‘Tale Of The Nine Tailed’

Dah masuk separuh kedua, rasanya ramai yang dah tak sabar nak tonton perkembangan plot “Tale Of The Nine Tailed”.

Masa depan Lee Yeon dan Nam Ji-ah

Meskipun awal pertemuan mereka tidak berapa manis, tetapi sekian lama menghabiskan waktu bersama, Lee Yeon dan Nam Ji-ah kini semakin rapat dan tidak boleh hidup tanpa satu sama lain. Pun begitu, selepas wanita itu menyedari bahawa Lee Yeon telah membunuh dirinya pada masa lepas iaitu Ah Eum, meraka kini semakin menjauh. Malah disebabkan takut kisah lama berulang kembali, Lee Yeon lebih senang merahsiakan kejadian sebenar daripada pengetahuan wanita itu.

Namun Nam Ji-ah mendapat tahu mengenai kaitannya dengan Imoogi dan semuanya semakin berselirat apabila dia kembali semula ke kejadian kemalangan kereta pada 21 tahun lepas. Kini, penonton perlu menanti dan menyaksikan bagaimana Lee Yeon akan menyelamatkannya dan apakah nasib mereka berdua nanti.

tale of the nine tailed

Hubungan Lee Yeon dan Lee Rang

Lee Rang (Kim Bum) percaya bahawa abangnya telah meninggalkannya dan juga hutan tempat tinggal mereka kerana cinta pertamanya, Ah Eum. Anggapan ini membuatkannya menjadi marah sehingga membunuh kesemua penduduk di kampung tersebut. Disebabkan itu, Lee Yeon telah diarahkan untuk menikamnya dan pengkhianatan itu membuatkan Lee Rang berubah menjadi seorang yang bermasalah. Tapi lelaki itu tidak menyangkal bahawa dia sangat menyayangi abangnya.

Walaupun cuba bergandingan tangan dengan Imoogi untuk membalas dendam, dia digunakan sebagai ‘ujian’ untuk menguji kesetiaan Lee yeon. Lee Rang kemudiannya terperangkap di hutan tempat dia ditinggalkan oleh ibu manusianya dahulu dan diserang oleh segerombolan roh jahat. Berputus asa, Lee Rang nyata terkejut apabila melihat Lee Yeon hadir untuk menyelamatkan dirinya. Adakah adik-beradik ini akan berbaik atau pun rasa cemburu Lee Rang akan membuatkan mereka terus menjauh?

tale of the nine tailed

Pertembungan Lee Yeon dan Imoogi

Nam Ji-ah mula lemah terhadap Imoogi apabila manik rubah yang diberikan oleh Lee Yeon hilang. Apabila sisik Imoogi kembali pada kulit Nam Ji-ah, Lee Yeon sedar bahawa penjahat itu semakin dekat. Imoogi yang pernah menggunakan badan Nam Ji-ah untuk mendekati Lee Yeon, kini kembali dengan lebih kuat malah penonton terkejut apabila dia mengatakan bahawa wanita itu akan menjadi isteri dan juga korbannya. Sudah tidak lama sebelum Lee Yeon yang mampu mengawal alam dan Imoogi yang boleh membaca fikiran orang lain akan bertembung untuk memiliki apa yang dihajati masing-masing.

tale of the nine tailed

Tak sabar nak saksikan perkembangan plot dan debaran dalam “Tale Of The Nine Tailed”. Jangan lupa saksikan drama ini setiap Rabu dan Khamis di tvN!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...