Ikuti Kami:

3 Pelakon Ini Pecah Stereotaip ‘Pelakon Tak Boleh Jadi Penghibur’

3 Pelakon Ini Pecah Stereotaip ‘Pelakon Tak Boleh Jadi Penghibur’

Kalau anda nak tahu, program hiburan ialah seperti ‘pedang bermata dua’ buat pelakon. Ianya membantu dalam meningkatkan kepopularitian di mata umum, namun ianya mungkin menjejaskan imej penonton apabila dililat sebagai pelakon.

Pun begitu, ada tiga pelakon yang memecahkan stereotaip ini. Ini kerana persembahan mereka yang menakjubkan dalam rancangan hiburan dan lakonan. Pelakon tersebut ialah Lee Sang-yeob, Kim Seon-ho dan Cha Tae-hyun.

Lee Sang-yeob kini menunjukkan kemahiran berlakon yang hebat sebagai Han Se-kwon, seorang yang ‘nerd’ dan penakut namun sukar dibenci di dalam drama “On The Verge Of Insanity”. Dalam masa yang sama, dia menunjukkan keserasian yang baik dengan para wanita yang ‘kuat’ di dalam program “The Sixth Sense 2”.

Kim Seon-ho nyata disayangi ramai dek personalitinya yang menyejukkan hati, lembut dan kelam-kabut dalam “2 Days 1 Night”. Popular kerana drama “Start-Up”, lelaki itu bakal membuktikan lagi bakat lakonannya dalam drama “Hometown Cha Cha Cha”. Melihatkan teaser pendeknya, penonton sudah terpana melihat Hong Du-shik, si budak kampung yang baik hati.pelakon program hiburanPersembahan Cha Tae-hyun adalah paling kukuh sekali di antara nama-nama ini. Selepas muncul dalam pelbagai program seperti “Hometown Flex”, “Unexpected Business” dan “National Bang Bang Cook Cook”, kini dia kembali sebagai pelakon dalam drama “Police University”. Mengagumkan apabila drama itu mendapat perhatian ramai dan menunjukkan prestasi rating yang baik.

Lee Sang-yeop, Kim Seon-ho dan Cha Tae-hyun memecahkan stereotaip yang mengatakan bahawa program hiburan ialah pedang bermata dua dek kemampuan mereka membezakan watak dalam dunia hiburan dan lakonan. Meskipun berlakon, penonton tidak teringatkan imej mereka semasa di dalam program hiburan,

Bukan sahaja mereka, ramai pelakon kini yang cuba keluar daripada kepompong imej ‘misteri’. Daripada mereka bertiga, dapat dikatakan bahawa pelakon boleh membawa watak lakonan dan watak program hiburan tanpa ianya bercanggah. Antara pelakon lain yang turut berjaya membezakan diri mereka ialah Kim Ji-suk, Jun So-min dan Oh Na-ra.

Dahsyat kan mereka?

p/s: Tak disebut dalam artikel berkenaan, rasanya Song Ji-hyo, Lee Kwang-soo dan Lee Seung-gi pun antara daripada pelakon yang mampu ‘survive’ dalam dunia hiburan kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...