Ikuti Kami:

3 Naskhah Dalam Krisis Termasuk ‘Hellbound 2’, Netflix Beri Respon Isu Yoo Ahin Salah Guna Dadah

3 Naskhah Dalam Krisis Termasuk ‘Hellbound 2’, Netflix Beri Respon Isu Yoo Ahin Salah Guna Dadah

Semalam industri hiburan Korea digemparkan dengan berita mengenai Yoo Ah-in yang sedang disiasat atas tuduhan salah guna dadah.

Sedang menjalani siasatan kini, pihak pelakon itu berjanji akan memberikan kerjasama sepenuhnya termasuklah memberikan rambut badan untuk mengesan sama ada dia mengambil propofol atas sebab kesihatan ataupun dia mengambil di luar kawalan.

Bukan hanya imejnya sebagai pelakon terjejas, namun nasib beberapa projek pelakon itu sedang berada dalam situasi cemas kini. Malah tiga darinya bakal ditayangkan di Netflix pada tahun ini.

yoo ahin propofol

Respon Netflix mengenai isu ini,

Saya mendengar laporan itu pada malam ini dan sedang memahami situasi berkenaan menerusi laporan media.

Antara naskhah yang terjejas ialah filem “The Match” di mana ianya dalam perbicangan untuk diriliskan di platform itu pada April ini namun mungkin ditunda sedikit bagi memberi laluan buat bahagian kedua “The Glory” yang bakal ditayangan 10 Mac nanti.

Bagi siri “Goodbye Earth” pula, ianya sudah menamatkan penggambaran pada musim luruh lalu dan dijangka bakal menemui penonton di Netflix pada suku ke-4 tahun ini. Disebabkan itu, pihak mereka masih ada masa untuk berbincang mengenai situasi berkenaan sambil meneruskan proses pasca-produksi.

netflix goodbye earth

“Hellbound 2” yang bakal memulakan penggambaran tak lama lagi mungkin akan mengalami sedikit isu oleh kerana hal tak dijangka ini.

Selain dari projek bersama Netflix, Yoo Ah-in turut mempunyai filem lain bertajuk “Hi.5” dan dalam cadangan untuk ditayangkan di pawagam pada Jun tahun ini.

Entahlah…

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...