Ikuti Kami:

3 Adik-Beradik Melawan Si Kaya, Ini Sebab Wajib Tonton ‘Little Women’ Di Netflix

3 Adik-Beradik Melawan Si Kaya, Ini Sebab Wajib Tonton ‘Little Women’ Di Netflix

Drama apa yang best, kalau bukan naskhah yang memaparkan kekuatan wanita sebagai tunjang utamanya.

Berikutlah penerangan terbaik untuk menggambarkan drama “Little Women” yang bakal menjengah di Netflix tak lama lagi.

Menerusi sebuah sidang media, teraju utamanya iaitu Kim Go-eun, Nam Ji-hyun, Park Ji-hu, Wi Ha-jun dan pengarah Kim Hee-won menceritakan serba sedikit mengenai drama ini yang pastinya akan membuatkan penonton teruja.

netflix little women

Kredit: Netflix

Jelmaan ‘Little Women’ di Korea

Untuk pengetahuan, “Little Women” membawa kisah adik-beradik perempuan yang berani namun miskin melawan keluarga terkaya di Korea.

Mendengarkan plot drama itu, ulas pengarah Kim Hee-won,

Penulis Chung Seo-kyung menggambarkan semula novel ‘Little Women’ dan bermula dengan persoalan ‘Bagaimana kalau adik-beradik itu datang ke Korea?’

Tambah wanita itu,

Naratif yang padat ini dihidupkan menerusi jurugaya produksi Ryu Seong-hee dan persembahan hebat para pelakon.

netflix little women

Kredit: Netflix

3 wanita berbeza personaliti

Dimainkan oleh pelakon hebat, ketiga-tiga watak utama ini membawa perencah yang berbeza dalam menghidupkan “Little Women”.

Untuk pengetahuan, Kim Go-eun akan membawa watak Oh In-joo iaitu kakak sulung di mana dia paling lelah menghadapi kemiskinan. Dia turut berasa bertanggungjawab untuk menyelamatkan keluarganya dari memasuki alam papa kedana dengan menjerat diri dalam misi berbahaya demi wang dan adik-beradiknya.

Kata Kim Go-eun,

In-joo ialah seorang yang bekerja keras dan sentiasa melakukan terbaik dan merasakan sebab itulah dia hidup. Dia sangat kompleks dan bermuka-muka, jadi saya cuba mendalami wataknya dari pelbagai sudut.

Oh In-kyung pula akan dilakonkan oleh Nam Ji-hyun iaitu anak kedua yang lebih matang dari yang pertama. Manakala watak Oh In-hye akan dihidupkan oleh Park Ji-hu di mana dia merupakan seorang pemuzik berbakat dalan bidang artistik dan sering dilindungi kakak-kakaknya.

netflix little women

Kredit: Netflix

Wi Ha-joon dan Kang Hoon

Jangan risau buat penonton wanita! “Little Women” turut akan menampilkan lakonan hebat dari dua jejak popular iaitu Wi Ha-joon dan Kang Hoon.

Mencipta nama menerusi “Squid Game” baru-baru ini, Wi Ha-joon sempat menaikkan jangkaan penonton mengenai wataknya yang banyak berjumpa dengan Oh In-joo (Kim Go-eun),

Cha Do-il ialah seorang lelaki dengan persona pelik. Cari tahu sendiri sama ada dia seorang yang baik atau jahat.

Dalam pada itu, Kang Hoon akan membawa watak Ha Jong-ho iaitu rakan baik Oh In-kyung sejak dari kecil dan merupakan penyokong terbesarnya. Dalam diam mereka seprti menyimpan perasaan antara satu sama lain namun lebih selesa menafikannya.

netflix little women

Kredit: Netflix

Cerita cinta dan keluarga

Jelas pengarah itu, naskhah ini merupakan terjemahan dari novel berkenaan dan bukannya remake versi Korea. Dia menerangkan drama ini sebagai sesuatu yang sukar untuk dijelaskan,

Ia adalah realiti yang menyimpan pelbagai cerita dan rahsia, di mana semua akan memahaminya.

Akhirinya,

Saya harap anda seronok menontonnya. Semoga ‘Little Women’ membuka mata anda tentang realiti kehidupan dan membawa pelajaran moral yang anda akan ingati.

netflix little women

Kredit: Netflix

Semua! Jangan lupa menonton “Little Women” di Netflix pada setiap Sabtu dan Ahad bermula 3 September okay.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...