Pertemuan diantara CL dan Yang Hyun-suk telah menimbulkan pelbagai spekulasi.
Menurut laporan media, CL dan Yang Hyun-suk telah dilapor berjumpa secara senyap buat kali pertama selepas beberapa tahun berlalu. Malah, kedua-dua mereka juga dilihat berbincang panjang lebar.
Pada mulanya, CL dan pengasas YG Entertainment itu dijadualkan untuk keluar makan malam bersama, namun pertemuan mereka berlangsung lebih lama dari jangkaan.
Memandangkan pertemuan itu dilakukan semasa ulang tahun ke-15 2NE1, media telah membuat spekulasi bahawa pertemuan tersebut bukanlah satu kebetulan.
Mereka juga tidak menolak kemungkinan bahawa pertemuan tersebut diadakan bagi membincangkan tentang reunion atau kemunculan semula 2NE1 sebagai kumpulan yang lengkap.
Sementara itu, YG Entertainment turut menyatakan bahawa mereka tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai pertemuan tersebut.
Korang rasa dorang bincang pasal apa?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.