Selepas 2 tahun tidak meriliskan lagu baru, kumpulan gugudan dikhabarkan akan bubar pada 31 Disember (esok).
Menerusi kenyataan rasmi oleh agensi Jellyfish Entertainment,
Pertama sekali, kami ingin berterima kasih kepada semua peminat yang memberikan kasih sayang dan sokongan kepada gugudan. Kami menulis untuk memaklumkan mengenai status rasmi kumpulan tersebut.
gugudan yang sudah pun bekerja keras dan disayangi sejak awal kemunculan lagi akan menamatkan kesemua aktiviti rasmi pada 31 Disember ini. Selepas berbincang dengan mendalam dengan artis kami, kami membuat keputusan untuk meletakkan noktah kepada aktiviti kumpulan ini.
Meskipun aktiviti kumpulan sudah tamat, namun kami akan memberikan sokongan penuh kepada aktiviti solo setiap ahli, seperti muzik mahupun lakonan.
Terima kasih atas sokongan anda terhadap gugudan dan kami ingin memohon maaf kerana berita yang disampaikan secara tiba-tiba ini.
Akhir kata, terus menunjukkan kasih sayang dan sokongan anda kepada ahli gugudan dikala mereka memulakan langkah yang baru.
Semoga peminat gugudan bertabah.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.