Ikuti Kami:

2 Tahun Tertunda, Drama ‘So I Married An Anti-Fan’ Bakal Ditayangkan Tak Lama Lagi

2 Tahun Tertunda, Drama ‘So I Married An Anti-Fan’ Bakal Ditayangkan Tak Lama Lagi

Selepas 2 tahun mengalami kesukaran untuk mendapatkan stesen televisyen untuk menyiarkannya, drama adaptasi webtoon “So I Married An Anti-Fan” lakonan Choi Soo-young (Girls’ Generation) dan Choi Tae-joon disahkan akan temui penonton tak lama lagi.

Kisah bermula apabila Geun-young (Choi Soo-young), wartawan hiburan yang cuba mengorek rahsia mengenai selebriti popular Hoo-joon (Choi Tae-joon) namun bertukar malang apabila dia dibuang kerja kerana menjadi punca kepada satu insiden memalukan. Ingin menegakkan keadilan, wanita itu mula mengadakan protes di hadapan agensi Hoo-joon sehingga dia dikenali sebagai ‘peminat anti’ di serata media. Bagi membersihkan imejnya, selebriti lelaki itu kemudiannya bersetuju membintangi sebuah program realiti menggabungkan artis dan peminat anti mereka. Malah Geun-young turut bersetuju dengan tawaran tersebut kerana berada dalam kesempitan wang. Daripada kucing dan anjing, mereka berdua mula mengenali satu sama lain apabila mula tinggal bersama demi program itu.

drama so i married an anti-fan

Belum dipastikan bila, tapi iQIYI khabarnya sudah membeli hak cipta drama itu dan ianya bakal ditayangkan tak lama lagi. Pelakon lain yang turut membintangi drama ini ialah Hwang Chan-sung (2PM), Han Ji-an dan Kim Min-gyu.

Ada tak yang sudah lama menantikan drama ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...