Ikuti Kami:

2 Hari Selepas Kematian Jung Chaeyul, Drama ‘Wedding Impossible’ Sambung Penggambaran

2 Hari Selepas Kematian Jung Chaeyul, Drama ‘Wedding Impossible’ Sambung Penggambaran

Setiap yang hidup pastinya perlu meneruskan kehidupan, namun tak semestinya mereka akan melupakan yang mati.

Menerusi laporan media, drama “Wedding Impossible” kembali memulakan penggambaran pada tengah hari tadi (13 April). Pada 11 April lalu, pihak produksi tidak dapat menyembunyikan rasa terkejut apabila Jung Chae-yul yang membawa watak sampingan dilaporkan meninggal dunia.

Kemudian, mereka membuat keputusan untuk menunda produksi buat seketika bagi memberikan penghormatan sementara upacara pengebumian mendiang sedang berlangsung.

jung chaeyul

Lapor media pada hari ini menerusi kenyataan yang diberikan wakil drama itu,

Kami menghentikan penggambaran buat seketika semasa pengebumian mendiang dan kami berhati-hati memulakan rakamn pada hari ini.

Untuk pengetahuan, “Wedding Impossible” membawa kisah romantik antara pewaris kaya homoseksual dan pelakon kurang popular terikat dengan perkahwinan kontrak. Menurut laporan sebelum ini, Jeon Jong-seo dan Moon Sang-min disahkan bakal menerajui drama itu.

Salam takziah sekali lagi.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...