Ikuti Kami:

14 Pelakon Top Dengan 7 Kisah Romantik Berbeza, Tonton Filem ‘Happy New Year’ Disember Ini

14 Pelakon Top Dengan 7 Kisah Romantik Berbeza, Tonton Filem ‘Happy New Year’ Disember Ini

Memang tak akan terlepas menonton sesebuah filem sekiranya ia dibarisi oleh bukan satu ataupun dua, tapi 14 pelakon hebat.

“Happy New Year” membawa kisah individu yang melawat Hotel Emros dengan cerita tersendiri. Malah dia hotel berkenaan, pelbagai hubungan dibina dengan cara berbeza.

Pertama, pengurus hotel, So Jo-in (Han Ji-min) menilik nasib dan diberitahu bahawa lelaki yang ditakdirkan untuknya bakal mengakui perasaanya sebelum akhir tahun ini. Tak lama kemudian, wanita itu berbelit dalam kisah cinta rakan baiknya, Seung-hyo (Kim Young-kwang) di mana dia menyimpan perasaan sejak 15 tahun lalu dan tunangan lelaki itu, Young-joo (Go Sung-hee).

filem happy new year

Selain itu, Yong-jin (Lee Dong-wook) ialah CEO berjaya di Hotel Emros, Dia mempunyai segalanya namun obses dengan nombor genap. Suatu hari, dia berkenalan dengan seorang kakitangan mengemas bilik, Yi-young yang berimpian menjadi pelakon muzikal. Cinta yang bercambah antara dua individu berbeza ini pasti akan membuatkan hati anda berbunga.

filem happy new year

Jae-yong (Kang Ha-neul) pula melawat hotel berkenaan kerana kecewa selepas hubungan cinta dan pencarian kerja yang gagal manakala Soo-yeon (Yoon-a) pula terpaksa melayan tetamu yang bermasalah. Meskipun menjalani hubungan tidak bersemuka, ianya pasti akan membuai hati penonton.

filem happy new year

Bukan itu sahaja, banyak lagi yang akan disajikan buat penonton iaitu kisah cinta matang antara Catherine (Lee Hye-young) dan Sang-gyu (Jung Jin-young) selain hubungan ‘bromance’ antara penyanyi-pengurus menerusi gandingan Yi-kang (Seo Kang-joon) dan Sang-hoon (Lee Kwang-soo). Tak cukup dengan itu, alami cinta muda Ah-young (Won Ji-ahn) dan Sae-jic (Jo Joon-young) termasuklah cinta solo Jin-ho (Lee Jin-wook) yang sering ke hotel berkenaan untuk menjalani satu temu janji buat demi satu temu janji buta.

filem happy new year

Dengan kisah 14 individu ini, sudah pasti ianya akan menyentuh hati penonton dengan cara yang berbeza. Nantikan tayangannya di TVing pada Disember ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...