Ikuti Kami:

12 Tahun Berlalu, Yoogeun Dari ‘Hello Baby SHINee’ Jadi Pelakon Kini

12 Tahun Berlalu, Yoogeun Dari ‘Hello Baby SHINee’ Jadi Pelakon Kini

Siapa peminat SHINee, pastinya biasa menonton program “Hello Baby” suatu ketika dahulu kan?

Rancangan idola mengasuh bayi kecil nyata mendapat perhatian ramai pada sekitar tahun 2010. Antara musim yang paling diingati ialah apabila SHINee menjaga si kecil Yoogeun yang berusia 3 tahun pada ketika itu.

yoogeun shinee

12 tahun kemudian, Yoogeun nampaknya sudah membesar dengan baik dan menjadi pelakon kini. Kalau anda perasan, remaja berusia 15 tahun itu muncul di dalam drama TVING iaitu “I Have Not Done My Best” kini sebagai watak Nam Geum-pil ketika kecil.

yoogeun i have not done my best yet

Melihatkan Yoogeun kini, tiada perubahan yang ketara pada wajahnya melainkan lemak bayinya sudah hilang dan menampilkan remaja lelaki yang kacak sekarang.

Malah Yoogeun pernah muncul dalam pelbagai drama lain seperti “To The Beautiful You”, “Legend Of The Blue Sea”, “Unknown Woman”, “Suits” dan banyak lagi.

yoogeun legend of the blue sea

Sepertinya Yoogeun telah membesar menjadi seorang yang berjaya dan bakal meneruskan jejak langkah ‘ayah-ayah’nya iaitu sebagai selebriti.

Sekejap betul rasa, dah besar pun Yoogeun.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...