Ikuti Kami:

12 Episod Mendebarkan, Episod Akhir ‘The Veil’ Raih Rating Memuaskan

12 Episod Mendebarkan, Episod Akhir ‘The Veil’ Raih Rating Memuaskan

Drama lakonan Namgoong Min sememangnya tidak menghampakan! Sama seperti “The Veil” yang baru sahaja menamatkan tayangan baru-baru ini.

Sinopsis

“The Veil” ialah sebuah drama aksi blockbuster di mana Namgoong Min membawa watak Han Ji-hyuk, seorang ejen lapangan elit di NIS (National Intelligence Service). Disebabkan oleh rekodnya yang sempurna dan berbakat dalam menyelesaikan misi, lelaki itu dinamakan sebagai ejen teratas dan sering diidolakan oleh rakan sekerjanya.

Ending memuaskan

[Amaran SPOILER]

Selepas mengetahui dan memerangkap Baek Mo-sa (Yu Oh-seong) dengan pelan jahatnya, Han Ji-hyuk membunuh lelaki itu sebelum memasuki penjara selama 5 tahun dek kesalahan membunuh rakan sekerjanya. Selepas itu, lelaki itu dilihat menghubungi Yoo Je-yi (Kim Ji-eun) yang sudah menduduki posisi yang lebih tinggi dalam NIS selain turut menerima tawaran untuk kembali ke organisasi itu.

mbc the veil

Rating baik

Sepanjang 12 episod, “The Veil” menunjukkan prestasi yang memberangsangkan pada saban tayangan. Bagi episod terakhir, drama ini meraih rating sebanyak 8.8%, satu angka yang baik meskipun tidak mampu menandingi rekod terbaiknya pada episod ke-3 iaitu 9.8%.

Namgoong Min nyata tidak menghampakan dengan lakonan aksinya selain berusaha kerasa untuk membina badan bagi menjiwai watak Han Ji-hyuk.

Apa pendapat anda, best tak drama ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...