Ikuti Kami:

10 Senarai Barang WAJIB Korang Bawa Sebelum Bercuti Ketika Musim Sejuk Di Korea

10 Senarai Barang WAJIB Korang Bawa Sebelum Bercuti Ketika Musim Sejuk Di Korea

Nampaknya musim sejuk di Korea sudah tiba! Confirm korang tak sabar nak main salji kan? Tapi, korang dah tahu belum apa barang yang wajib dibawa sebelum terbang ke sana?

Kalau nak tahu lebih lanjut barang apa yang WAJIB dan perlu dibawa? Jom, KimchiDaily tolong korang untuk pack barang apa yang perlu ada dalam beg.

1. Hot Pack a.k.a Hand Warmer

hot pack

Memandangkan di Korea sekarang sudah tiba waktu musim sejuk, benda wajib yang perlu ada iaitu hot pack atau lebih dikenali sebagai hand warmer.

Untuk maklumat, kegunaan hot pack ini sebenarnya untuk memanaskan tangan dan kaki yang sejuk dan mampu memberikan keselesaan pada diri sendiri.

Korang boleh dapatkan hot pack ini di kedai serbaneka sebelum memulakan perjalanan. Kalau terlupa untuk membawa, korang juga boleh membelinya di Korea.

2. Baju Tebal

baju tebal sweatshirt

Di Korea, pemakaian baju tebal menjadi keutamaan disebabkan oleh suhu yang sejuk.

Kalau korang perasan, rakyat Korea selalu pakai baju tebal dan ada banyak layering. Hal ini disebabkan baju yang tebal boleh membuatkan korang rasa kehangatan dan nyaman ketika cuaca musim sejuk di Korea.

Korang mungkin boleh cuba pakaian heat tech untuk mengekalkan suhu badan dan memberi keselesaan semasa di Korea.

3. Ubat

ubat

Seterusnya, ubat juga penting sebagai persiapan untuk korang jika jatuh sakit disebabkan kesejukan ketika berada di Korea. 

Antara ubat yang common korang boleh bawa adalah paracetamol. Andai kata korang terlupa, boleh juga dapatkan ubat di farmasi yang berhampiran di tempat penginapan.

Sekiranya korang ada ubat yang disarankan oleh doktor, boleh dibawanya sekali atau korang boleh bawa deskripsi tersebut.  

4. Sarung Tangan

sarung tangan

Selain dari hot pack, korang juga boleh beli atau membawa sarung tangan yang tebal untuk elakkan tangan dari rasa kesejukan yang melampau. Ini disebabkan suhu di Korea selalunya akan berada di bawah -20 darjah celsuis.

Kalau korang nampak, selalunya ada selebriti Korea yang pakai sarung tangan tebal untuk pergi ke tempat penggambaran ketika musim sejuk. Nampak trendy dan menarik bukan?

5. Pelembap, Krim Pelindung Matahari dan Pelembap Bibir

skincare winter

Memandangkan musim sejuk disertai dengan angin sejuk dan kering, korang perlu membawa produk penjagaan kulit untuk melindungi darinya.

Antara produk penjagaan kulit basic yang perlu dibawa ialah pelembap muka, krim pelindung matahari dan pelembap bibir. Tambahan pula, produk ini membantu kulit korang menghidratkan kulit dan mampu mengelakkan kulit kering ketika musim sejuk.

Sekiranya tidak memakai produk penjagaan kulit ketika berada di Korea, kulit korang akan rasa kering, merekah dan akan rosak. Ermm, sia-sia je korang jaga kulit dekat Malaysia sampai di Korea korang tak jaga.

6. Jaket dan Baju Sejuk

jaket dan sweater

Ha, korang jangan fikir yang pakai baju tebal dah cukup untuk keluar bersiar-siar di musim sejuk Korea.

Jawapannya adalah tidak! Sebenarnya, korang perlu juga pakai outerwear yang tebal untuk mengekalkan suhu badan yang normal. Sebagai contoh, korang perlu pakai jaket dan baju sejuk yang tebal bagi mengelakkan diri dari kesejukan. Jadi, korang digalakan untuk memakai jaket dan baju yang tebal untuk mengekalkan suhu badan pada tahap optimum dan kekal selesa sepanjang masa.

Cuba bayangkan korang pakai baju sejuk dan jaket yang nice boleh feeling macam drama Korea atau selebriti Korea yang korang minat.

7. Kasut Bersesuaian

kasut but

Ekoran cuaca sejuk di Korea, kasut juga memainkan peranan penting ketika berada di sana. Salah satu kasut yang menjadi pilihan semua ialah kasut but dan kasut sneakers.

Lebih-lebih lagi, cuaca di Korea boleh menjadi agak sejuk pada musimnya. Jadi, pentinglah untuk mencari kasut yang kalis air yang bersesuaian untuk memastikan kaki korang sentiasa hangat.

8. Skarf 

skarf

Tipu lah kalau korang taknak ambil gambar ootd nampak macam selebriti Korea ketika musim sejuk kan? Dalam konteks fesyen, skarf mampu menjadi pelengkap outfit musim sejuk.

Skarf ini selalu dipakai oleh rakyat Korea ketika musim sejuk tiba. Kegunaannya adalah untuk memberikan kehangatan di bahagian leher, dada dan juga melindungi mulut dan hidung dari kesejukkan.

9. Stoking 

stoking

Disebabkan korang pakai kasut but dan juga sneakers pada musim sejuk, stoking juga perlu dipakai bertujuan untuk melindungi kaki korang dari permukaan kasut yang sejuk.

Pemilihan stoking juga menjadi punca utama kerana takut stoking yang dibeli itu tidak sesuai dengan kasut yang korang bawa dan tidak mampu memberikan keselesaan yang nyaman di kaki.

10. Snowcap

snowcap

Kini tiba masanya korang nak menggayakan snowcap seperti dalam K-dramaIanya merupakan aksesori tambahan untuk outfit korang ketika musim sejuk di Korea.

Kegunaannya adalah untuk melindungi kepala dan telinga korang dari angin sejuk dan salji. Snowcap juga ada beberapa variasi warna dan juga saiz. Jadi, korang boleh beli mengikut kesesuaian masing-masing.

Kesimpulannya adalah jangan lupa sediakan payung sebelum hujan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...