Ikuti Kami:

10 Momen Paling ‘Mengancam’ Song Joongki Dalam ‘Vincenzo’

10 Momen Paling ‘Mengancam’ Song Joongki Dalam ‘Vincenzo’

Walaupun ramai yang meminati Song Joong-ki, tapi rasanya watak lelaki tersebut di dalam “Vincenzo” membuatkan peminat K-Drama semakin ‘tangkap cintan’ dengannya.

Membawa watak seorang mafia daripada Itali, sudah pasti terdapat banyak momen kacak lelaki menggoda bernama Vincenzo Cassano kan?

1. Vincenzo nampak kacak dan tegap semasa melemparkan pemetik api kegemarannya. Adakah hati anda juga ‘membara’ apabila melihat lelaki itu?

song joongki

2. Jatuh cinta apabila melihat Vincenzo dalam baju tidur sutera dan jubahnya. Lagi pula, bertambah tampan apabila melihat mafia itu menumbangkan musuhnya.

song joongki

3. Sejak bila pita pengukur boleh nampak mengancam sangat? Vincenzo tidak main-main ya apabila dia menggunakan pita pengukur itu untuk menggantung gangster di luar tingkap.

song joongki

4. Lagi ‘hot’ apabila Vincenzo menyelit tali leher pada pakaian formalnya. Dengan konfeti yang membanjiri udara, makin bertambah magis momen tersebut apabila dia menyelamatkan plaza daripada diroboh sekaligus menarik perhatian Cha-young (Jeon Yeo-bin).

song joongki

5. Babak hati berdebar apabila Vincenzo ingin menjentik dahi Cha-young selepas kalah dalam salah satu pertaruhan mereka. Bayangkan lelaki itu berada hampir sedemikian dengan anda. Cair!

song joongki

6. Lelaki kacak + kereta mewah = Kombinasi tiada tandingan

song joongki

7. Memang nampak macam ‘bad boy’ sangat Vincenzo dalam babak ini. Daripada gari sehingga ke dia mensisir rambut, comel dan juga seksi.

song joongki

8. Dah macam acara fesyen sut tapi siapa sahaja yang tak suka kan?

song joongki

9. Vincenzo mirip seperti putera raja dengan kuda putihnya.

song joongki

10. Semakin ‘hot’ semasa dia menunggangnya. Feel seperti drama “Arthdal Chronicles”, terima kasih sangat!

song joongki

Bukan 10 sahaja, tapi banyak lagi sebenarnya momen seksi dan mengancam Song Joong-ki sebagai Vincenzo. Jadi kalau anda tak nak terlepas menyaksikan kesemua babak membara ini, pastikan anda tonton “Vincenzo” di Netflix pada setiap Sabtu dan Ahad tau!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...