Utama K-Pop 10 Idola K-Pop Duta Bagi Jenama Mewah

10 Idola K-Pop Duta Bagi Jenama Mewah

jacksong wang seulgi jisoo blackpink IU sehun exo

Muzik K-Pop kini benar-benar menguasai media arus perdana di seluruh dunia dengan pengiktirafan global yang dicapai oleh kumpulan idola seperti BTS, BLACKPINK, EXO, IU dan ramai lagi.

Disebabkan itu, sektor jenama mewah juga menyambut mereka dengan tangan terbuka dek kerana rekod yang telah membuktikan bahawa bintang K-Pop ini mempunyai pengaruh yang luar biasa buat khayalak ramai.

Dari jenama mewah popular seperti LOUIS VUITTON, GUCCI, DIOR dan banyak lagi, merupakan antara jenama mewah yang tidak melepaskan peluang untuk memilih artis K-Pop sebagai duta global bagi jenama mereka. Antara idola K-Pop yang merupakan duta bagi jenama mewah ialah:

BTS – LOUIS VUITTON 

BTS Louis VuittonKumpulan K-Pop lelaki yang pastinya diketahui umum iaitu BTS telah menggembirakan ramai peminat apabila mereka dilantik sebagai duta bagi jenama LOUIS VUITTON.

Di pertunjukan Spin-off baru-baru ini di Seoul, BTS telah debut di pameran Koleksi Lelaki Musim Bunga/Musim Panas 2021, di mana ketujuh-tujuh anggota kumpulan itu dilihat menggayakan busana jenama LOUIS VUITTON yang unit dan tidak pernah dilihat sebelum ini.

KAI EXO – GUCCI

KAI EXO

Kim Jong-in ataupun Kai dari kumpulan EXO telah bekerja dengan jenama GUCCI dalam pelbagai projek.

Kai pada awalnya pernah membuat penampilan di pertunjukkan GUCCI sebegai tetamu. Dia telah menjadi seorang yang rapat kepada jenama tersebut dan kini merupakan duta global bagi GUCCI, disahkan oleh SM Entertainment.

Beberapa kolaborasinya yang paling diingati bersama dengan GUCCI termasuklah koleksi ‘Kai x Gucci Capsule’ dan pameran seni Gucci ‘No Space, Just A Place. Eterotopia’ di Seoul, di mana Kai membuat lawatan peribadi secara maya di ruang tersebut.

IU – GUCCI

IU lee jieun

Selain Kai, artis solo yang amat disayangi iaitu IU, juga merupakan duta bagi jenama GUCCI.

Antara kolaborasi IU bersama GUCCI yang paling diingati adalah lawatan berpandu maya yang dilakukannya bersama dengan Kai EXO untuk pameran seni GUCCI ‘No Space, Just A Place. Eterotopia’ dan juga kempennya GUCCI ‘BELOVED’ baru-baru ini.

JISOO BLACKPINK – DIOR

jisoo blackpink

Jisoo BLACKPINK telah memainkan peranan penting sebagai duta global bagi jenama DIOR bagi kategori fesyen, kecantikan dan gaya hidup. Digelar sebagai ‘HUMAN DIOR’, Jisoo adalah lambang DIOR dan juga telah memberi inspirasi kepada koleksi baru yang direka oleh Maria Grazia Chiuri, yang merupakan salah seorang pereka fesyen jenama tersebut.

Baru-baru ini, Jisoo telah berjaya  menjadi artis yang mempunyai nilai sosial media yang tertinggi setelah penampilannya di Minggu Fesyen Paris bagi jenama DIOR. Jisoo juga merupakan selebriti pertama di akaun Instagram DIOR yang telah berjaya mencapai lebih 1 juta sukaan daripada ramai orang bagi gambarnya yang dimuat naik di akaun tersebut.

JENNIE BLACKPINK – CHANEL, HERA & CALVIN KLEIN

jennie blackpink

Jennie telah bekerjasama dengan jenama CHANEL sejak sebelum hari debutnya lagi.

Bermula dari CHANEL Beauty, Jennie telah bergerak untuk mewakili jenama tersebut dalam pelbagai fesyen kempen termasuklah pertunjunkan digital Fall/Winter 2021 baru-baru ini, di mana dia merupakan sebahagian daripada kempen pertunjunkan tersebut.

Selain daripada itu, Jennie juta telah membintangi di dalam kempen CALVIN KLEIN sebagai duta barunya untuk koleksi ‘Heron Preston’.

Tambahan lagi, Jennie juga merupakan wajah bagi HERA COSMETICS, iaitu label kecantikan mewah di Korea Selatan.

ROSÉ BLACKPINK – SAINT LAURENT & TIFFANY &CO.

rosé blackpink

Kolaborasi antara Rosé dan SAINT LAURENT telah bermula pada 2019 yang lalu, yang telah menampilkan artis tersebut di dalam pelbagai kempen dan pengambaran termasuklah ‘Saint Laurent Rive Droite’ yang dimasukkan di dalam majalah ‘L’OFFICIEL’. Rosé juga telah menghadiri Minggu Fesyen Paris baru-baru ini sebagai duta global SAINT LAURENT.

Beberapa tahun kerjasamanya bersama dengan SAINT LAURENT, Rosé telah dipilih sebagai duta global baru bagi jenama aksesori mewah iaitu TIFFANY & CO., sekaligus bersama dengan bintang antarabangsa popular seperti Tracee Ellis Ross dan Anya Taylor-Joy.

LISA BLACKPINK – CELINE & BVLGARI

lisa blackpink

Bagi Lisa pula, iaitu penari dan rapper BLACKPINK yang terkenal, dia mempunyai dua perana sebagai duta global iaitu bagi jenama CELINE & BULGARI.

Lisa bermula dengan CELINE pada tahun 2019, dia mana dia muncul sebagai salah seorang tetamu VIP di pertunjukan jenama tersebut dan menjadi antara yang pertama ditampilkan dengan beg hasil reka bentuk Hedi Slimane untuk jenama itu. Kini, dia merupakan duta global pertama bagi CELINE.

Kemudiannya, Lisa telah dilantik sebagai duta global bagi jenama aksesori mewah iaitu, BVLGARI dan telah muncul dalam pelbagai kempen bersama dengan jenama tersebut.

JACKSON WANG – FENDI, CARTIER & ARMANI BEAUTY

jackson wang got7

Salah satu idola K-Pop yang hangat hari ini, Jakson Wang adalah duta besar bagi pelbagai jenama mewah termasuklah FENDI, CARTIER dan ARMANI BEAUTY.

Kerjasamanya yang paling ikonik adalah projek ‘FENDI x JACKSON WANG’, di mana dia merancang koleksi kapsul untuk jenama tersebut.

Selain daripada itu, Jakson juga turut terlibat untuk kempen ‘Pasha de Cartier’ bagi jenama CARTIER, bersama dengan bintang dunia yang lain seperti, Willow Smith, Rami Malek dan Timothy Chalamet.

SEULGI RED VELVET – SALVATORE FERRAGAMO

seulgi red velvet

Vokalis dan penari utama kumpulan K-Pop popular iaitu Seulgi RED VELVET telah dinobatkan sebagai duta global bagi jenama mewah SALVATORE FERRAGAMO.

Dia dipilih untuk menunjukkan keremajaan muda, gaya yang unik dan semangat serta kerajinnya untuk berfikiran kreatif. Seulgi telah membuat kempen debutnya bersama jenama tersebut bagi koleksi kapsul ‘Let’s Dance’.

SEHUN EXO – DIOR MEN

oh sehun exo

Sehun yang sebelum ini telah bekerjasama dengan pelbagai jenama mewah lain seperti PRADA, LOUIS VUITTON dan ERMENEGILDO ZEGNA, telah dilantik sebagai duta global bagi koleksi lelaksi DIOR pada akhir Disember tahun lalu.

Sehun telah membintangi penggambaran untuk koleksi lelaki Fall 2021 DIOR yang mana telah menampilkan gaya pakaian dan visualnya yang baik dalam mewakili DIOR.

Jenama mana yang korang paling suka?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERNewsen
Loading...