Ikuti Kami:

10 Filem Yang Mencatat Kutipan Tertinggi Di Korea

10 Filem Yang Mencatat Kutipan Tertinggi Di Korea
Saban tahun kedudukan filem-filem Korea sentiasa berubah setiap kali sahaja ada filem baru yang ditayangkan. Ini mununjukkan betapa hebatnya persaingan filem-filem korea ini. Ada juga yang gagal untuk mendapat tempat di hati peminat namun bagi filem-filem yang berjaya mereka mempunyai keunikan mereka sendiri hinggakan peminat berebut-rebut untuk menonton filem tersebut. Berikut disenaraikan 10 filem Korea yang mendapat kutipan terttingi.

10. Along With The Gods : The Last 49 Days

49daysHanya ditayangkan pada 2018 filem ini adalah kesinambungan kepada siri filem pertamanya yang juga termasuk di dalam 10 filem yang mencatat kutipan tertinggi. Walaupun tidak mendapat mengatasi pencapaian siri pertamanya namun di kedudukan tempat ke 10 sudah membuktikan filem ini harus ditonton oleh semua. Berkisarkan cerita tiga malaikat maut yang berusaha untuk menolong seorang manusia yang telah mati menghadapi ujian di alam neraka. Jikalau siri pertama filem fiksyen ini menceritakan tentang abangnya, kali ini adiknya pula yang telah cuba dibicarakan. Namun ada cerita udang di sebalik batu yang berkaitan dengan perbicaraan tersebut. Anda disarankan untuk melihat siri pertama sebelum menonton filem ini kerana ianya berkaitan dan sequel ketiga dan keempat juga di dalam pembuatan.

9. Masquerade

gwanghe Dibintangi oleh oleh Le Byung Hoon, pelakon yang sudah menapak di Hollywood, filem ini menceritakan tentang Raja Gwang Hae di zaman dinasti Joseon. Raja tersebut telah diracun oleh pengkhianat istana dan telah mengarahkan seorang yang serupa dengan beliau untk menggantikan takhta tanpa pengetahuan orang lain. Penggantinya seorang ahli akrobatik mempunya penampilan berbeza dengan raja sebenar menimbulkan pelbagai drama yang mendebarkan di istana.

8. Assassination

assassinationPada zaman penjajahan Jepun di Korea ramai penduduk-penduduk Korea menjadi penentang kepada Jepun terutamanya pengkhianat-pengkhianat bangsa mereka sendiri. Memandangkan mereka tidak mempunyai kelengkapan dan kuasa yang kuat, mereka menggunakan taktik pembunuhan hendap bagi menentang Jepun. Filem ini yang kebanyakkan pengambaraanya dilakukan di Shanghai menceritakan tentang puak-puak penentang ini. Mereka dinggap sebagai hero negara walaupun negara mereka lemah pada masa itu, masih ada pejuang-pejuang yang menentang pihak penjajah. Cerita yang penuh aksi dan penyiasatan ini sangatlah direkomen untuk ditonton.

7. Miracle In Cell No. 7

Miracle No.7 Miracle in Cell No. 7 mengisahkan seorang lelaki cacat akal yang telah dipaksa oleh polis mengaku membunuh dan merogol seorang kanak-kanak. Filem yang sedih tetapi kelakar ini sangat sesuai untuk ditonton bersama-sama keluarga. Semasa di dalam penjara, lelaki tersebut yang mempunya seorang anak perempuan kecil telah cuba membawa anak kecil itu ke dalam penjara bagi mengubati rindu beliau. Dengan bantuan dari rakan-rakan penjaranya pelbagai aksi lucu yang dapat disaksikan dalam cubaan itu. Anda pasti tidak akan kering gusi menonton filem ini. Selepas lelaki tersebut dihukum mati, anaknya yang membesar dan menjadi peguam telah membuka kes tersebut dan telah menang dalam perbicaraan semula.

6. The Thieves

thieves Filem yang mempunyai konsep yang sama dengan filem Hollywood Ocean Eleven ini dibintangi oleh pelakon-pelakon yang hebat di Korea pada masa itu. Mengisahkan tentang pakar-pakar yang menubuhkan satu kumpulan dalam misi besar untuk mencuri batu berlian daripada isteri seorang ketua gengster. Setiap anggota kumpulan tersebut mempunyai kepakaran masing-masing bagi membolehkan misi mencuri berlian mereka tercapai. Dipenuhi aksi-aksi dan komedi  filem ini telah mendapat kedudukan kedua kutipan tertinggi filem  di Korea semasa ditayangkan.
 

5. Veteran

veteran Di tangga keempat pula adalah filem Veteran. Filem Aksi komedi ini telah ditayangkan pada tahun 2015 dengan dibintangi oleh Hwang Jung Min dan Yoo Ah In. Berkisarkan tentang seorang detektif yang sangat tegas dan adil dalam isu jenayah. Namun dalam usaha dia ingin membuktikan kesalahan jenayah seorang jutawan, usaha dia sering digagalkan oleh disebabkan kekayaan dan hubungan penjenayah tersebut.

4. Ode To My Father

Ode to My FatherBekisarkan kisah sepanjang hidup seorang lelaki di zaman Korea Moden dari tahun 1950an hinggalah masa kini. Beliau telah menyaksikan peristiwa-peristiwa besar di Korea seperti Hungnam Evacuation of 1950 semasa Perang Saudara Korea, keputusan kerajan untuk menghantar jururawat dan pelombong ke Jerman Barat di tahun 1960an, begitu juga dengan Perang Vietnam.
 

3. Along With The Gods : The Two Worlds

two worlds Sekuel pertama untuk siri-siri filem Along With The Gods ini telah menduduki carta 3 teratas dalam jumlah kutipan. Filem aksi fantasi ini menampilkan Cha Tae Hyun sebagai seorang ahli bomba yang mati semasa menyelamatkan mangsa kebakaran. Selepas kematiannya, dia telah dibawa oleh malaikat maut untuk dibicarakan dalam 7 ujian untuk mengetahui apa yang telah buat oleh si mati semasa hidup. Waulaupun cerita ini adalah cerita aksi fantasi namun penceritaan si mati semasa hidup, telah membuatkan ramai penonton menangis.

2. Extreme Job extreme job

Filem yang baharu sahaja ditayang kan pada Januari 2019 ini telah melepasi 10 juta tiket jualan hanya selepas 15 hari ditayangkan membolehkan ia mendapat tempat kedua kutipan tertinggi sepanjang zaman. Bergenrekan filem aksi komedi ia menceritakan tentang sekumpulan detektif yang telah memulakan perniagaan kedai makan ayam untuk tujuan operasi undercover jenayah dadah. Walaubagaimanapun yang kelakarnya kedai makan tersebut telah menjadi sangat popular kerana ayam gorengnya.

1. The Admiral: Roaring Currents

admiral Filem perang di laut ini adalah berdasarkan sejarah Battle of Myeongnyang dengan watak komander Yi Sun Sin sebagai watak utama. filem ini telah mencatatkan 13 juta tontonan untuk menjadi filem No. 1 di Korea dari segi kutipan jualan. Battle of Myeongnyang yang telah terjadi pada tahun 1597 telah dianggap seperti lagenda kepada rakyat Korea kerana Jeneral Jeoson Yi Sun Sin yang mengetuai tentra laut mereka telah mengalahkan tentera laut Jepun yang cuba menjajah Korea. Ketika pertempuran itu Jeoson hanya mempunyai 12 buah kapal manakal tentera laut Jepun mempunyai 333 buah kapal.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...