Fuh! Penat betul nak marathon drama-drama Korea yang tengah ‘meletup’ sekarang ini. Terlampau banyak sangat pilihan dan genre yang pelbagai menyebabkan penonton tak tahu nak tengok yang mana dahulu!
Untuk menyedapkan hati anda, bukan sahaja penonton daripada Malaysia yang ‘pusing’ nak tonton K-Drama yang mana sekarang ini, bahkan penonton Korea juga mengalami masalah yang sama. Anda teringin tak nak tahu, drama apa yang menjadi ‘top’ carian oleh netizen Korea sendiri?
Google versi Korea iaitu Naver mempunyai ranking tersendiri bagi drama yang menjadi carian saban hari. Walaupun drama itu sering dicari secara atas talian, tak bermaksud ianya merupakan drama yang menjadi tontonan ramai. Tetapi ia adalah drama yang menjadi ‘isu’ pada hari tersebut sahaja. Ranking ini adalah menarik kerana peminat K-Drama dapat melihat perubahan trend bagi drama yang sedang ditayangkan pada setiap hari.
Berikut adalah trend drama yang direkodkan pada 3 November baru-baru ini!
1. Vagabond (SBS)
2. When The Camellia Blooms (KBS)
3. My Country (jTBC)
4. Extraordinary You (MBC)
5. VIP (SBS)
6. Beautiful Love, Wonderful Life (KBS)
7. Never Twice (MBC)
8. Melting Me Softly (tvN)
9. The Lies Within (OCN)
10. Leverage (TV Chosun)
Walaubagaimanapun, ini hanyalah ‘trend’ carian pada 3 November! Jadi, mungkin ia telah berubah pada hari ini.
Ada tak drama yang disenaraikan ini sedang anda tonton? Best tak?
Sumber: Kpopmap