Ikuti Kami:

10 Cerita Sensasi Dalam Industri Hiburan Korea Bagi 2021

10 Cerita Sensasi Dalam Industri Hiburan Korea Bagi 2021

Banyak betul yang terjadi pada 2021 dalam dunia hiburan Korea kan?

Ini antara beberapa berita sensasi yang terjadi buat tatapan anda sebagai penutup tahun ini.

1. Pasangan ‘Bin-Jin’ jadi kenyataan

hyunbin dan son yejin

Pernah bergabung dalam “The Negotiation” dan “Crash Landing Of You”, sudah pasti ramai yang perasan keserasian hebat di antara Son Ye-jin dan Hyunbin. Nampaknya dek doa peminat, kedua mereka akhirnya mengakui sedang bercinta dan mula menjalinkan hubungan selepas drama popular itu tamat.

2. Park Shin-hye hamil

choi taejoon park shinhye

Sudah 4 tahun bercinta, Park Shin-hye dan Choi Tae-joon membuat pengumuman mengejut mengatakan bahawa mereka bakal berkahwin pada Januari ini dan sedang menantikan kelahiran cahaya mata sulung kini.

3. Skandal buli

buli k-pop

Banyak betul kes buli yang didedahkan dalam dunia hiburan Korea pada tahun ini termasuklah pelakon popular seperti Jisoo, Jo Byeong-gyu, dan Park Hye-soo serta idola, antaranya Soo-jin (G)-IDLE, APRIL, AOA dan banyak lagi.

4. Bekas kekasih dakwa Kim Seon-ho tidak bertanggungjawab

dispatch kim seonho choi youngah

Habis sahaja tayangan “Hometown Cha Cha Cha”, Kim Seon-ho tidak sempat merasai kepopularitian apabila dituduh meninggalkan bekas kekasih selepas wanita itu mengugurkan kandungannya. Meskipun menerima kecaman ramai, ianya terbukti palsu apabila Dispatch mendedahkan hal sebenar yang berlaku di antara pasangan itu. Lebih menyedihkan apabila isu tersebut menyebabkan Kim Seon-ho mengundurkan diri daripada banyak projek seperti “2 O’Clock Date”, “Dog Days” serta program popular “2 Days & 1 Night”.

5. Isu putar belit sejarah dalam drama

kontroversi joseon exorcist

Dikatakan menampilkan fakta yang salah semasa episod awalnya, “Joseon Exorcist” terus menghentikan tayangan selepas hanya menayangkan 3 episod sahaja. Tidak berhenti di situ, “Snowdrop” kini turut menerima kritikan yang sama namun saluran JTBC kekal dengan keputusan untuk meneruskan tayangannya dan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang menyebarkan informasi salah mengenai naskhah berkenaan.

6. ‘Squid Game’ tawan dunia

netflix squid game

Tidak siapa menyangka bahawa siri Netflix “Squid Game” akan menawan dunia selain disebut sebagai naskhah paling berjaya yang pernah dikeluarkan oleh laman penstriman itu. Disebabakan oleh itu, ia kini dalam perancangan untuk disambung hingga musim ketiga.

7. Kontroversi Seo Ye-ji dan Kim Jung-hyun

kontroversi seo yeji

Cerita bermula apabila isu tingkah laku kurang sensitif Kim Jung-hyun semasa sidang media drama “Time” kembali menjadi sebutan ramai. Meskipun ditutup dengan alasan bahawa lelaki itu mengalami masalah kesihatan mental pada ketika itu, namun pendedahan lain mengatakan bahawa dia sebenarnya dikawal oleh bekas kekasih iaitu Seo Ye-ji. Menurut pendedahan dari Dispatch, wanita itu melarang Kim Jung-hyun dari bersentuhan dengan pelakon dan juga staf wanita. Lantas segala babak mesra yang sepatutnya ada dalam skrip telah diubah atas permintaan lelaki berkenaan. Kedua-dua Kim Jung-hyun dan Seo Ye-ji kemudiannya mengambil keputusan untuk merehatkan diri selepas kontroversi tersebut.

Dalam pada itu, Seo Ye-ji sedang sibuk dengan penggambaran drama “Eve’s Scandal” namun Kim Jung-hyun dikhabarkan masih lagi berehat kerana kesihatannya yang sedikit terganggu selepas isu itu.

8. Chan-sung 2PM bakal jadi bapa

chansung 2pm

Dari Chen EXO ke Bobby iKON, Chan-sung 2PM membawa berita gembira buat peminat apabila mengakui bakal berkahwin tak lama lagi selain tunangnya juga sedang mengandungkan anak mereka kini.

9. GFRIEND dan LOVELYZ bubar

gfriend lovelyz

Tidak disangka apabila kumpulan wanita popular dan disayangi ramai iaitu GFRIEND dan LOVELYZ mengumumkan bahawa mereka tidak lagi akan aktif sebagai kumpulan selepas ini kerana mahu membawa haluan masing-masing.

10. Youn Yuh-jung raih Oscar

youn yuhjung

Menerusi filem “Minari”, Youn Yuh-jung membuktikan bakat lakonannya yang tiada tandingan apabila berjaya memenangi anugerah ‘Pelakon Pembantu Terbaik’ di OSCARS pada tahun ini.

Apa yang anda paling ingati dalam 2021?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...