Ikuti Kami:

Yoona Girls’ Generation & Cha Eunwoo ASTRO Dipilih Sebagai Idola Dengan Visual Paling Top!

Yoona Girls’ Generation & Cha Eunwoo ASTRO Dipilih Sebagai Idola Dengan Visual Paling Top!

Nak jadi idola K-Pop ini antara ciri yang paling utama ialah kena cantik dan rupawan. Tak kisahlah sama ada idola lelaki atau pun perempuan! Sebab itulah mereka sangat menitikberatkan peenjagaan wajah dan juga seluruh badan. Aset tau!

Meskipun ada ribuan idola yang aktif dalam industri seni Korea sekarang tapi pasti ada beberapa orang di antara mereka yang lebih menonjol daripada yang lain. Bahkan ada antara idola ini yang mengagumi idola lain.

Disebabkan itu portal Ilgan Sports telah mengadakan satu undian di mana para idola ini perlu memilih idola mana yang mempunya visual tercantik sekali di antara mereka semua. Seramai 116 idola daripada 24 kumpulan telah menyertai undian tersebut!

Inilah hasilnya!

Walaupun sudah 13 tahun aktif sebagai idola dan juga pelakon, Yoona daripada kumpulan ‘lejen’ Girls’ Generation telah duduk selesa di tangga teratas sebagai idola paling cantik sekali untuk tahun 2020 ini!

yoona girls generation

Manakala bagi idola lelaki pula, Cha Eunwoo daripada kumpulan ASTRO telah dipilih sebagai lelaki paling tampan. Lelaki ini bukan sahaja sibuk dengan tanggungjawabnya sebagai idola bahkan dia juga sibuk berlakon dalam beberapa drama popular seperti “Rookie Historian Goo Haeryung”.

cha eunwoo astro

Yoona walaupun dah kira senior dalam dunia idola masih lagi menjadi pujaan ramai netizen, bahkan ramai idola muda juga menjadikannya sebagai ‘role model’!

Sumber: ISPLUS

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...