Ikuti Kami:

‘When The Camellia Blooms’ Tamat, Catat Rating Terbaik Untuk Drama Mini Siri Tahun 2019!

‘When The Camellia Blooms’ Tamat, Catat Rating Terbaik Untuk Drama Mini Siri Tahun 2019!

Siapa sangka drama “When The Camellia Blooms” yang mengundang pelbagai emosi penonton pada setiap episod kini sudah pun melabuhkan tirainya. Kisah ibu tunggal yang terpaksa menghadapi pelabagai persepsi negatif daripada orang sekeliling ternyata menyentuh hati ramai orang. Watak Yongsik pula yang tidak putus-putus meluahkan rasa cintanya pada wanita itu turut membuatkan penonton sentiasa mahukan yang terbaik untuknya.

Gong Hyojin yang membawa watak Dongbaek turut meluahkan perasaannya selepas tamat drama itu. “Ramai orang yang menyukai watak tersebut sehingga mereka kini mengenali saya sebagai Dongbaek dan bukannya ‘Gongbly’ (nama timangan yang diberikan kepada pelakon wanita itu kerana statusnya sebagai ratu romantik komedi) lagi. Ada juga yang menyatakan bahawa air mata mereka bergenang setiap kali melihat saya. Saya rasa semua itu berlaku kerana mereka semua sangat menyukai watak tersebut dan saya pasti akan mengingati drama ini untuk jangka masa yang lama.”

when the camellia blooms

Kang Haneul (Hwang Yongsik) turut menitipkan ucapan terakhir bagi memperingati drama itu. “Menyertai sebuah projek yang hebat seperti ini adalah satu keuntungan dan saya tak akan lupakan 6 bulan ini. Sejujurnya saya tidak pasti sama ada saya membawa watak Yongsik dengan baik. Tetapi saya telah melakukan yang terbaik untuk watak ini dan saya juga banyak belajar daripadanya.”

when the camellia blooms

Umum mengetahui bahawa rating “When The Camellia Blooms” ini boleh tahan tingginya! Tiap-tiap episod pasti akan cipta rekod baru. Balik-balik mereka yang pecahkan rekod sendiri, drama lain tak mampu nak lawan langsung naskhah yang popular di hati netizen ini.

Menurut Nielsen Korea, episod terakhir drama melodrama ini merekodkan rating 19.7% dan 23.8%. Rating ini merupakan rekod terbaik yang dicatatkan oleh mereka sepanjang drama ini ditayangkan. Bukan sahaja pecah rekod sendiri, “When The Camellia Blooms” turut mencipta sejarah apabila rating yang dicatatkan mereka ini merupakan rekod paling tinggi yang dicapai oleh drama mini siri yang ditayangkan di rangkaian stesen penyiaran untuk tahun 2019.

when the camellia blooms

Fenomena betul drama ini! Mesti ada yang rindu nak tengok Yongshik dan Dongbaek kan?

Sumber: Soompi (1)(2)

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...