Ikuti Kami:

Walaupun Pernah Digosipkan Bercinta, Gong Yoo Akui Tidak ‘Serasi’ Dengan Jung Yoomi

Walaupun Pernah Digosipkan Bercinta, Gong Yoo Akui Tidak ‘Serasi’ Dengan Jung Yoomi

Pelakon Korea iaitu Gong Yoo dan Jung Yoomi tak perlu dikenalkan lagi! Walaupun secara individunya mereka berdua pandai berlakon, tapi gandingan kedua-duanya sentiasa menghasilkan naskhah yang hebat. Antara projek yang menggandingkan mereka berdua ialah filem ‘Silenced’, ‘Train To Busan’ dan filem yang bakal keluar tak lama lagi iaitu ‘Kim Jiyoung, Born 1982’.

Telah bergandingan dalam tiga buah projek, keserasian gandingan Gong Yoo dan Jung Yoomi memang terbukti hebat dan berkesan. Tetapi kedua mereka mempunyai pendapat yang lain. Apa?

Apabila ditanya  mengenai keserasian mereka untuk kali ketiga digandingkan bersama, Jung Yoomi telah membuat lawak dan berkata,

“Mungkin ini adalah untuk yang terakhir kalinya.”

gong yoo dan jung yoomi tak serasi

Gong Yoo yang terkejut mendenga jawapan selambanya itu terus menjawab kembali.

“Ini adalah pertama kali saya mendengar tentang ini.. Saya benar-benar terkejut sekarang. Saya tidak sangka dia mempunyai pemikiran sebegini… Saya menyangkakan kami masih akan bertemu lagi dalam mana-mana produksi pada masa akan datang tetapi dia terus memotong harapan itu dengan kejam…”

Jung Yoomi cuba menarik balik kenyataannya itu namun Gong Yoo yang sudah merajuk tidak menerima lawaknya itu secara bergurau.

gong yoo dan jung yoomi tak serasi

Pelakon wanita itu tidak berhenti di situ dan terus ‘mengenakan’ Gong Yoo sepanjang permainan ringkas yang dimainkan oleh mereka. Lelaki itu terus membalas apabila melihat Jung Yoomi yang asyik mengusiknya.

“Kami sebenarnya tidak serasi dalam perhubungan sosial. Apabila melibatkan hal kerja, kami sangat padan. Tetapi kerana kami sering berlaga, kami boleh bekerja bersama dalam beberapa produksi,” seloroh lelaki itu.

Nampak betul-betul seperti sahabat baik kerana hubungan mereka tidak lekang dengan usikan. Patutlah ada khabar angin yang bertiup mengatakan mereka bercinta walhal mereka hanya kawan baik.

Sumber: Allkpop

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...